Get Your Own Scroller

Friday, 14 October 2011

Bila dah pikir perjalanan yang akan mendatang...

Salam semua...
Ana baru abis kelas ni...
Bila duduk sorang2 camnikan..terasa syu n sedih lak..
Terus memikirkan hari2 yang mndatang...bagaimana nak alami...
Sebab ana ni kadang2 over sikit..suka pkir dlam2 tp kdang2 x jgak..
Mgkin sbab prangai yang ska pendam sorang2 ni kowt dia ada effect..maybe,
Dan seketika terpkir lak nak lwat blog U.Hasrizal..best tau post2 dia..
Dan ternakpak n jga terminat ngn stu article tentang rahsia pertunangan...
Sebenarnya ustaz tu tlis tntang diri dia..
Tapi kita pown ble fham n kongsi dan jga dpt info tntg ni...
k la try la bca...InsyaALLAH bermanfaat pada smua..
RAHSIA PERTUNANGAN
Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.
Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

No comments:

Post a Comment

* Macam best ker Entry Nih???
* Comment sket Jom...>
* Nanti owner confirm Comment Back Lah...
*Lillahita'ala...yang baik jer..

Flavour Life Of Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...