Huh....selamat berbulan hati...hehe...
Kan ana da cakap yang bulan ni bulan hatikan...
So korang baca lah sebaik mgkin...
Mungkin mudah mendapat buah hati and buah hati korang sayang korank lebih2...ye tak???hehh...
Love... |
Alahai hati ni mudahnya dicuri dan mudah juga terluka kan???
Banyak juga diuji...Hati juga yang Kena banyak bersabar...(ayat cam pasrah je...biasala practikal xbesht..huhu...)
Bila diuji, bersabarlah wahai hati.
Musibah datang dalam pelbagai cara.
Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..
Atau bagaimana?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan.
Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.
Peringatan buat diri ana sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
No comments:
Post a Comment
* Macam best ker Entry Nih???
* Comment sket Jom...>
* Nanti owner confirm Comment Back Lah...
*Lillahita'ala...yang baik jer..