Get Your Own Scroller

Tuesday, 23 July 2013

~Kalau Ana Dapat Lelaki Berhati Tisu ! :>~

Assalamualikum..
Hurmm..haha..lawak dah title tu huh..hahaha ...gelak besaq luh..huhu...Mungkin kita akan rasa ‘geli’ dan mungkin juga yang akan mengatakan ia perkara biasa bila bercakap perihal lelaki mudah menangis. Hakikatnya, memang jarang untuk temui lelaki apatah lagi bermuka ganas yang mudah tersentuh. Egolah katakan! Ego Tinngi lagi dari langit tu huh...

Adakah Ini Lelaki Tisu???Ohhh.Bukan   



Dari petikan METRO..

Calar ego
Sebenarnya, lelaki akan cuba menyembunyikan air mata. Sebolehnya nak tutup dengan perlakuan ‘macho’ dan sifat kejantanan supaya tak mahu dilabel ‘lembut’. Mereka makhluk keras dan tegar. Tapi entah kenapa penulis merasakan mereka nampak comel dan manis apabila mula menangis.

Jika malu nak menangis untuk sesuatu yang anda rasa perlu, tengoklah keadaan. Tak salah untuk anda yang bergelar lelaki meluahkan masalah dengan cara menangis. Berhati lembut juga tidak mengapa kerana ia tak merendahkan tahap anda sebagai lelaki. Berlembut harus kena pada tempatnya. Jangan asyik bela ego menggunung, bukan boleh disimpan buat harta pusaka.

‘Di sebalik kekasaran seorang lelaki, pasti ada secebis kelembutan’

‘Dan kelembutan itulah yang berjaya menawan hati seorang perempuan.

Malu mengaku
Perasaan lelaki sama seperti wanita iaitu cepat tersentuh namun mereka malu untuk mengakuinya. Dikatakan setiap titisan air mata mereka memang ‘mahal’. Tapi kita akan rasa geli hati apabila mereka menangis untuk perkara yang kurang relevan. Maksudnya situasi yang tidak kena dengan status mereka sebagai lelaki. Contohnya ‘kantoi’ mengesat air mata apabila menonton filem Hindustan ataupun membaca novel yang pengakhiran mengecewakan.

Walaupun mereka berhati lembut, bukan maksudnya lelaki ini dalam golongan ‘lembut’. Cuma mereka tergolong dalam kelompok yang mudah terguris dan terasa hinggakan ada kes di mana rakan serumah tak ajak keluar makan malam boleh menyinggung perasaan si jejaka.

Setinggi mana pun ego seorang lelaki, dia akan tetap menangis, cuma cara mereka berbeza sama ada menangis di dalam hati atau diluahkan secara bersendirian. Dilahirkan sebagai lelaki memang banyak cabaran, tak terkecuali juga wanita. Tetapi dugaan si jejaka dikatakan lebih mencabar apatah lagi bergelar ketua keluarga.

Bagi ana kan kalu ana dijodohkan dengan lelaki yang camni...dalam erti kata lain...Woiiit lagilah Haku sukooo..hahahaha...(gelak jahat...)..hokey pa...depa nangis kita nangis xpayah wat keja..haha...kalu dah ada anak..anak nangis,bapa nangis umi jadi pemujuk...tapi kalu bapa merajuk anak merajuk ana pjuk anak..haha...Yess...

haha..k Wasalam.

No comments:

Post a Comment

* Macam best ker Entry Nih???
* Comment sket Jom...>
* Nanti owner confirm Comment Back Lah...
*Lillahita'ala...yang baik jer..

Flavour Life Of Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...