salam...
ana saja letak topik ni sebagai issue...hurm...
ok cuba teliti...
~Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..
Sabda Rasulullah SAW خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “
أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس
Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharny
” ابركهن اقلهن مهرا “
Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”
Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )
Apa pula kaitan tanggungjawap seorang lelaki dengan nilai duit hantaran tu? Ikut syariatkah jika nilai wang hantaran tu diletakkan tinggi-tinggi? Lagipun wang hantaran tu nak buat apa sebenarnya? Adakah alasannya kerana sekarang harga barang-barang mahal,maka nilai wang hantaran pun jadi tinggi?
Rasanya tak logik langsung ada kaitan antara nilai wang hantaran dengan tanggungjawap seorang suami dan menghargai sebuah perkahwinan. Sebenarnya nilai wang hantaran tinggi tu lebih menyukarkan perkahwinan untuk dilangsungkan saja. Semakin tinggi nilainya semakin sukar untuk seorang lelaki berkahwin. Tambahan jika ibu bapa letakkan nilai wnag hantaran ikut kelulusan anak. Macam ikut kelayakan jawatan pula, SPM dikelaskan dalam N17 atau N19, gajinya sekian-sekian, Diploma DGA 29 atau DGA32,gajinya lingkungan ini,ijazah pula DG 41 atau U48 gajinya banyak ni, MA (master) gaji lagi tinggi dan PhD pula gajinya begini...
Agaknya kebanyakkan (bukan semua) ibu bapa sekarang ikut standard nilah dalam meletakkan nilai hantaran anak perempuannya...
Kalau ikut kelulusan, kebanyakan perempuan memang suka belajar, selagi tak kahwin,maka tentulah kelulusan akademik maikn tinggi. Tapi arwah mak kawan saya pernah berkata, tinggi mana pun belajar, tetap kena pergi dapur juga,tetap kena taat pada suami, tetap kena cuci baju suami...
Tapi, nak kahwin camana, tak ada orang nak pinang ...sebabnya orang lelaki takut, mana tahu nilai hantaran tinggi, padahal bukan semuanya perempuan macamtu. Walaupun rendah nilainya, tetap seorang lelaki itu hargai isterinya, sebab kebahagiaan rumah tangga bukan bergantung kepada wang ringgit dan kekayaan. p/s :Berkahwinlah mengikut kemampuan masing-masing & berkahwinlah dengan niat yang betul dan ikhlas. Fahami tujuan perkahwinan sebelum berkahwin.InsyaAllah, akan ada kegembiraan, keberkatan, dan rahmat dari Allah ^^
No comments:
Post a Comment
* Macam best ker Entry Nih???
* Comment sket Jom...>
* Nanti owner confirm Comment Back Lah...
*Lillahita'ala...yang baik jer..