Get Your Own Scroller

Tuesday, 20 November 2012

Ya Allah...

 



Ya Ilahi, aku ingin merebut kesempatan ini. Engkau telah memudahkan hatiku ini untuk bertahajud di pertiga malam.Sesungguhnya, tiada sedikit kekuatan pun dariku melainkan segalanya adalah dariMu. Tidak aku duduk bertafakkur menghadapMu tanpa Engkau yang mengizinkannya.

Sungguhn ya Allah, Engkau telah membuka hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu. Engkau telah menyedarkanku tentang keindahan beribadat di kala manusia lain sedang tidur dan aku bangun gagah berdiri untuk menikmati keindahan dan ketenangan dari Tuhan Yang Esa. Alhamdulillah ya Allah, kenikmatan beribadah itu dapat ku rasainya hanya dengan kerahmatanMu dan sedikit pun bukan kerana diriku.

Di dalam solatku, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dengan rahmatMu Ya Allah.
Di dalam doaku, aku merintih mengharapkan penerimaan Mu. Aku merintih dan merayu denganMu Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Kasihanilah umi ayahku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi. Airmataku semakin bercucuran membasahi pipi. Tidak dapat aku menahannya. Aku membiarkan saja ia mengalir membasahi pipi dan telekung sembahyang.

Inilah kesedaran yang Allah campakkan di dalam hatiku ini. Selalu saja ingin bermunajat kepadaMu. Selalu saja ingin merebut saat dan ketika ini. Saat yang mana sangat sepi. Tiada sebarang bunyi. Saat yang menyenangkan. Saat yang sangat makbul doa seorang hamba. Saat yang sangat dekat dengan Allah SWT. Terasa diri ini sahaja yang hidup ketika ini. Terasa kesunyian.

Namun hakikatnya
Aku tidak sendirian kerana aku ada Allah yang Maha Melihat setiap gerak geriku.
Aku ada Allah yang Maha Mendengar setiap doaku dan rintihanku.
Aku ada Allah yang Maha Mengetahui isi hatiku yang sangat aku dambakan.
Aku ada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Itulah yang lebih meyakinkanku.
Alhamdulillah.

Ya Allah.. saat ini juga, berikanlah aku kekuatan, agar dapat ku menyebarkan indahnya saat-saat bersamaMu. Ingin ku khabarkan kepada sahabat-sahabatku, betapa berjanji cinta dan rindu denganMu lebih membahagiakan. Sebagai hamba yang penuh kelemahan, segalanya dapat ku luahkan. Dan, dengan itulah aku merasa adanya kekuatan... Benarlah, sedikit pun tiada dayaku melainkan zatMu ya Allah. Sungguh, Engkaulah yang Maha Pekara dan Maha Mendengar.

Ya Allah, bagaimana untuk ku menyatakan keinginanku untuk mengajak sahabat-sahabat ku yang lain bersamaku. Sedangkan, aku bimbang ya Allah... Jika, aku luahkan segala keindahan bersamaMu di setiap sepertiga malam akan ada rasa yang kurang enak di pendengaran mereka yang mendengar.

Allah.... lemahnya iman ini ya Rahman. Merasa bimbang dengan apa yang disangka-sangka oleh mereka terhadapku. Astaghfirullah ya Allah, bukankah aku juga ketika ini bersangka-sangka kepada mereka?

Ya, Allah... berikanlah ku kekuatan, agar dapat aku mengajak sahabat-sahabatku, malah ahli keluarga ku untuk turut sama bermunajat kepadaMu. Berikan lah aku kemudahan, lembutkanlah hati orang yang mendengar akan kalamku, agar ringan hati mereka menyambut huluran kasihku membawa mereka sama-sama merasai keindahan bertemuMu...

Semoga semakin ramai yang berjanji temu denganMu, semoga semakin ramai yang mengamalkan tahajjud sunnah baginda yang mulia. Semoga semakin ramai yang mengikuti jejak Al-Fatih, menghidupkan malam dengan ibadah yang berterusan.

Kita Ni Pemuda lah>>>???






"Wei, cuba kau tengok mamat tu"

"Style dohh.."

"Kau tengok apa dia pakai"

"Baju Paddini dengan seluar Levis tu kira ok lagi. Boleh consider affordable la. Tapi, yang tak boleh tahan tu, jaket Zara dengan kasut Onitsuka Tiger"

"Mau-mau, aku tengok barang kat badan dia je, dah cecah Rm 1000"

"Mahal tu !!!" Kata Amir penuh teruja

"Mahal apa ? Mahal barang ke ? Mahal orangnya ? " Tanya man seolah-olah meminta penjelasan lanjut

"Mahal barang je kot.." Jawab Amir kembali

"Dah tu, awat kau kagum sangat? Harga diri kau lebih mahal tahu tak Mir! "

"Mahal apanya, aku ni pakai baju cap ayam dengan selipar jamban je. Murah kot. Awek-awek tengok pun nak termuntah "

"Rugi-rugi. Kau masih tak sedar mir, bahawa harga diri kau sungguh mahal. Sangat-sangat mahal. Hendak tahu sebab apa ? "

"Sebab kau seorang pemuda mir. Pemuda !"
Harga Diri Seorang Pemuda

Jiwa yang muda, lahir dari semangat yang kental, keperwiraan yang sejagat serta keinginan yang membuak-buak. Jiwa muda juga adalah jiwa keberanian, jiwa kesatuan dan juga jiwa pengharapan. Rugilah jika anda muda pada "lahirnya" tetapi tua dari segi "semangat" dan "pemikiran".

Dalam hal ini, Imam Hassan Al Banna telah mengariskan 4 rukun pemuda iaitu ;

1) Iman (hati yang suci)
2) Ikhlas (jiwa yg bersih)
3) Hammasah (perasaan yg kuat)
4) Amal (azam seorang pemuda)

Hebat bukan seorang pemuda itu ? Jangan diingat negara sahaja punya rukunnya yang tersendiri, pemuda juga turut sama punya rukun. Bezanya rukun pemuda adalah bercirikan aspek pembinaan individu.

Pembinaan individu yang mengambarkan pemuda sebagai seorang yang mempunyai kemampuan, tekad, keberanian dan kesabaran dalam menghadapi tentangan. Dengan adanya pemuda, segala permasalahan umat dapat diatasi, musuh dapat dihalau dan bendera kebaikkan dapat dikibarkan.

Fuhh.. Berpeluh panjang saya copy and paste risalah pemuda tulisan Hassan Al Banna ini ! Terasa berat pula pundak (bahu) mahu memikul dan menulisnya. Namun, jika ada kemahuan, semuanya pasti boleh !

Kita kan pemuda !

Hammasah Aliyah (Keinginan yang tinggi)

Salah satu daripada rukun yang digariskan Imam Hassan Al Banna dalam risalah pemuda adalah Hammasah Aliyah. Keinginan yang kuat! Sifat ini adalah berlawanan dengan Hammasah Daniyah (Keinginan yang lemah).

Kenapa hammasah (keinginan) ini dipandang penting oleh Imam Hassan Al Banna apabila menilai pemuda?

Jawabnya adalah terletak dalam diri pemuda itu sendiri. Kerana hanya pemudalah sahaja mampu mempunyai semangat seperti itu..

Begini, analogi mudah.

Seorang pemuda A, telah jatuh cinta kepada seorang wanita B. Oleh kerana cintanya yang teramat sangat kepada wanita B, dia sanggup berkunjung ke rumah wanita B itu yang terletak 60 km dari rumahnya dengan hanya menaikki basikal. (Rumah wanita itu di pedalaman. Tiada sebarang kenderaan boleh memasukinya kecuali basikal).

Lihat Hammasah Aliyah pemuda A ini --> Dia sanggup berkunjung ke rumah wanita B itu yang terletak 60 km dari rumahnya dengan hanya menaikki basikal. (Rumah wanita itu di pedalaman. Tiada sebarang kenderaan boleh memasukinya kecuali basikal).

Berbeza pula situasinya dengan seorang lelaki yang telah berusia. Andai dia meminati seorang wanita sekalipun, dia terpaksa berfikir beberapa kali untuk menaikki basikal sejauh 60 km secara sendiri.

"Boleh ke tak boleh ni ? Aku dah tua. Badan selalu sakit-sakit ! "

"Joyah oh Joyah,maafkan abang mat aku lebih cinta diriku dari dirimu "

"Selamat tinggal Joyah ! "

Berbeza bukan? Walau pun kedua-duanya adalah lelaki, namun semangat yang tinggi itu ada pada seorang pemuda!

Hammasah Aliyah Seorang Anak Muda!

Dua orang anak muda sedang gagah beraksi sambil berlari-lari di tengah padang pasir. Siang itu, mentari seakan didekatkan hingga sejengkal. Debu-debu pasir mendesir, ranting-ranting kayu yang basah pada malam hari menyala ditiup angin yang keras lagi panas.

Anak muda itu masih berlari. Sambil bertanyakan kepada orang ramai.

"Kamu tahu yang mana satu Abu Jahal ? "

"Tidak tahu " Jawab seorang sahabat r.a

"Kamu tahu ? " Tanya mereka lagi.

Tiba-tiba seorang sahabat r.a menyahut.

"Ya aku tahu wahai anak muda ! "

"Abu Jahal sedang duduk di tengah-tengah kelompokkan musyrikin itu" Jawab Saidina Abd Rahman B. Auf.

Tanpa berlengah lagi, kedua-dua orang anak muda itu menderu laju sambil menunggang kuda menuju ke arah Abu Jahal. Kedua-duanya seolah-olah sedang bersaing untuk membunuh Abu Jahal.

"Yaarghh !!!! " Mereka berdua menyerang Abu Jahal!

Siapakah mereka berdua ini ?

Ya, mereka berdua itu adalah Mu adz bin Amr bin Jamuh (14 tahun) & Mu'awwidz bin Afra' (13 tahun) dan kedua-duanya adalah seorang pemuda!

Dua orang sosok pemuda Anshar yang berazam untuk membunuh Abu Jahal kerana mereka mendengar bahawa Abu Jahal seringkali mencaci Rasulullah saw. Lihat betapa tingginya Hammasah Aliyah mereka ?

Terkejut ? Tiada yang mustahil jika di dalam diri itu adanya keingindan dan semangat yang tinggi. Di atas keazaman yang kuat mereka tetap berusaha untuk mencapai Abu Jahal. Muadz terus melibas betis Abu Jahal hingga putus serta merta.

Namun, apakah pengorbanannya?



Beliau terpaksa membayar dengan satu libasan pedang oleh Ikrimah (anak Abu Jahal yang ketika itu masih belum memeluk Islam) hingga hampir putus lengannya itu. Digambarkan di dalam sirah, lengannya itu seakan tergantung-gantung di kulitnya sahaja. Subhanallah.

Namun, adakah ia menangis? Sesekali tidak. Namun apa yang dikisahkan beliau ketika saat itu,

"Pada hari itu saya benar-benar berperang seharian penuh. Tangan saya yang hampir putus itu hanya bergelantungan di belakang. Dan ketika ia menyulitkan saya, saya pun menginjaknya dengan kaki, lalu saya menariknya hingga tangan saya terputus."

MashaAllah, apakah ada remaja 14 tahun yang sanggup berbuat demikian? Muadz sanggup memisahkan tangan dari jasadnya agar bisa bebas mengobarkan jihad buat agama.

Bagaimana pula halnya Mu'awwidz, kata Muadz,

Lalu Mu'awwidz bin Afra melintas di hadapan Abu Jahal yang sedang luka parah. Lalu ia pun berkata ;

"Di sini, tamatlah riwayatmu wahai Abu Jahal!" Lalu ia pun menebas Abu Jahal yang sedang cedara parah itu dengan pedang.

Tamatlah sudah riwayat Abu Jahal.

Subhanallah. Bagaimana ?

Rasa seperti terkejut yang amat sangat.

Itulah kisah pemuda 13 dan 14 tahun yang jarang sekali kita dengar.

Pemuda Masa Dulu VS Pemuda Masa Kini ?

Pemuda pada masa dulu, bahkan pada masa "datuk-nenek" kita, sememangnya seorang pemuda yang sangat-sangat berdikari.Pengalaman telah mematangkan mereka lebih daripada usia. Mereka mengharungi kehidupan yang sukar menuju kejayaan yang gemilang...

Sebagai contoh, remaja pada zaman dahulu, seawal tujuh atau lapan tahun telah mula bekerja membantu keluarga. Ada yang menoreh getah, berkebun, mengembala lembu dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah, mereka lebih berjiwa kental dan "cepat" matang daripada usia.

Pabila disuruh bekerja, mereka mampu berdikari, pabila disuruh berperang, mereka mampu menjadi "panglima", pabila disuruh memimpin mereka mampu menjadi pemimpin umat.

Mungkin ada segelintir daripada kita akan berfikiran skeptikal dengan membandingkan dinamika kehidupan yang sama sekali berbeza pada waktu dahulu dan sekarang.. lalu, lihatlah pemuda masa kini, mereka juga tidak kurang hebatnya..

Pemuda masa kini, mungkin sedikit manja dan tiada daya tahan pemikiran yang utuh. Saya mengakuinya, saya juga begitu. Ada yang sanggup menangis demi cinta, ada yang tidak tertahan untuk berdikari berseorangan, ada juga yang menangis tika berjauhan dengan ibu bapa. Tika susah sahaja mereka menelefon ayah dan ibu. Tika senang... buah hati sepanjang masa..

Ops ! Bukan pemuda seperti itu yang ingin saya gambarkan ! Tetapi pemuda yang saya ingin gambarkan ini adalah pemuda pencetus revolusi Islam. Ya, pemuda beginilah yang didambakan kemunculannya.

Pemuda pencetus revolusi Islam

Lihatlah kebangkitan Islam di negara-negara Arab. Satu istilah yang sangat sinonim dengan masyarakat dunia masakini

"Arab Spring" !

Siapakah pencetusnya ? Siapakah pendokongnya ?

Tidak lain tidak bukan adalah pemuda. Ya, Pemuda. Pemuda seperti kita!

Di Malaysia, pengaruh golongan muda terhadap gelombang kebangkitan Islam tidak dinafikan. Lewat tahun 80an, arus gelombang mahasiswa Islam telah mula dirasai dan semakin dirasai hingga kini.

Pemuda-pemuda yang mendapat tarbiyah khusus Ikhwanul muslimin di luar negara khususnya Mesir dan United Kingdom, telah pulang ke Malaysia dan mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat setempat khususnya pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kesannya, masyarakat kembali cenderung kepada Islam. Satu perubahan drastik yang dibuat tidak lebih daripada usaha 20 tahun lamanya. Satu perubahan yang terinspirasi dan diinsipirasikan daripada pemuda kepada pemuda. Dan seterusnya daripada pemuda, kepada masyarakat.



Bangkit Dari Lamunan

Dr. Amr Khaled menceritakan dalam bukunya "Buku Pintar Akhlak" sebuah kisah yang amat menarik buat renungan kita bersama.

Pada suatu hari, ketika aku mahu menunaikan solat berjemaah di Masjid, seorang tua menghampiriku dalam keadaan menangis teresak-esak.

Aku merasa pelik lalu bertanya.

" Kenapa Pak Cik menangis?"

Jawapan yang diberikan itu membuatkan jiwa muda saya tersentuh. Jawapan itu adalah ibrah of the year saya.

"Pak Cik menangis kerana melihat anak muda seperti kamu datang ke masjid pada setiap waktu.. Alangkah baiknya jika hati pak cik tertarik pada Masjid, seusia kamu dahulu... Ruginya masa muda pak cik kelmarin... "

"Apa yang mahu pak cik jawab di hadapan Allah swt nanti !" Ujarnya lagi.

Justeru, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt sekalian... Ayuh kita bangkit, bangkit dari kealpaan lalu menuju kejayaan yang gemilang. Gunakan setiap peluang dan ruang pada usia muda ini untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya..

Lihat sahajalah Imam Al Ghazali, bagaimana dia memaksimumkan potensi dirninya untuk ilmu, sehingga dia tidak sempat untuk berkahwin.. Lalu, lihat pula, Imam Hassan Al Banna, bagaimana pemikiran mudanya mampu untuk merevolusi pemikiran umat.

Mereka semua tidak perlu menunggu usia tua untuk membentuk keajaiban. Mereka juga tidak perlu umur yang panjang untuk meninggalkan kesan ke dalam sejarah peradaban manusia. Kedua-dua contoh di atas, meninggal dunia, seawal usia 40 an. Usia di mana, kehidupan seorang lelaki itu bermula menurut istilah barat. Tetapi kita orang islam, mari memulakan diri sebagai seorang lelaki pada usia ini.. " MEN's life start at 20′s.. atau lebih muda daripada itu". InsyaAllah

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi "
(Surah al-Baqarah ayat 30)

Semoga kitalah khalifah itu ! Semoga kitalah pemimpin itu ! Dan semoga kitalah si pembebas Al Aqsa itu!

Teringat pada satu kata-kata daripada Syeikh Raed Solah yang menghuraikan satu hadis jika yang menerangkan bahawa akan tiba satu zaman , yang menjadi pembebas al Aqsa adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai jambang seperti orang Arab ! Tetapi jambangnya nipis dan sedikit persis orang Melayu di Malaysia ataupun Indonesia!

Allahu Allah... Moga-moga kita lah itu! islam itu indah...

Purdah Dan Niqab : Adakah Sekadar Fesyen?




Entri kali ini ana try nak bincangkan perkara yang berkaitan serba sedikit mengenai purdah / niqab / penutup muka dan sebagainya yang kini kian menjadi tarikan terhadap para wanita untuk mengamalkannya.Sebab banyak yang bertanya itu dan ini tntg purdah ni...

Sebelum meneruskan apa jua pandangan dan kritikan, ingin sekali penulis ketengahkan ayat-ayat Al-Quran sebagai pemula bicara. Moga hati-hati yang membacanya dapat menela'ah apa yang tersirat pada setiap tafsiran ayat ini.

"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah al-Ahzab ayat 59)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,

"Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja."

(Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513)

Manakalah Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59),

"Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu."

(Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/514)

Kemudian diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,

"Wanita itu menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya."

(juga Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/514)

Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513)

As-Suyuthi berkata,

"Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita."

(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah)

Perintah menghulurkan jilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa dalil:

 Makna jilbab itu sendiri di dalam bahasa Arab adalah: Pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya daripada hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua hujung kakinya.

Yang biasa nampak pada sebahagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam serta isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna' (pada ayat tersebut يُدْنِينَ -ed) yang ditambahkan huruf (عَلَي) mengandungi makna menghulurkan dari atas. Maka jilbab itu diulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.

 Menutupi wajah, baju, dan perhiasan dengan jilbab itulah yang difahami oleh wanita-wanita sahabat.

Dalam firman Allah: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu", merupakan dalil kewajipan hijab dan menutup wajah bagi isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, tidak ada perselisihan dalam hal ini di antara kaum muslimin. Sedangkan dalam ayat ini isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam disebutkan bersama-sama dengan anak-anak perempuan beliau serta isteri-isteri orang mukmin. Ini bererti hukumnya mengenai seluruh wanita mukmin
 Dalam firman Allah: "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." Menutup wajah wanita merupakan tanda wanita baik-baik, dengan demikian tidak akan diganggu. Demikian juga jika wanita menutupi wajahnya, maka lelaki yang rakus tidak akan berkeinginan untuk membuka anggota tubuhnya yang lain. Maka membuka wajah bagi wanita merupakan sasaran gangguan dari lelaki nakal/jahat. Maka dengan menutupi wajahnya, seorang wanita tidak akan memikat dan menggoda lelaki sehingga dia tidak akan diganggu.


Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap seluruh muslimah di atas muka bumi ini kerana bilangan kamu semakin bertambah dan semakin berkembang.

Pembudayaan berpurdah semakin menjadi popular dewasa ini setelah pereka fesyen busana muslimah dengan rela hati mengambil purdah sebagai trademark terhadap rekaan fesyen mereka. Itu merupakan antara halnya yang berkaitan fesyen terkini akan tetapi apa yang penulis ingin kongsikan bersama bukanlah berkenaan fesyen berpurdah akan tetapi sejauh mana pengunaan purdah itu mampu menjadikan seseorang muslimah itu anggun dari segi imannya, akhlaknya dan perwatakannya sebagai srikandi Islam yang asli.

Apabila ditanya " Kenapa berpurdah?" kepada muslimah yang telah menggamalkan pemakaian purdah maka terdapatlah pelbagai jawapan yang kadangkala enak di dengar dan adakalanya berasa jelek dan tertanya-tanya dengan jawapan yang diberikan oleh penggamal purdah. Antara jawapan yang dapat dikongsi bersama adalah :


" Saya pakai purdah sebab tertarik dengan kawan-kawan yang pakai purdah."


" Pakai purdah membuatkan saya lebih yakin diri untuk berhadapan dengan masyarakat."


" Nampak cantiklah pakai purdah, sebab tu saya tertarik untuk berpurdah."


" Benda nie susah nak ceritalah ustaz, maybe lebih kepada gerak hati kot."


" ... dah budaya sekeliling ramai yang berpurdah, so saya ikut jelah."


" Ramai kata lebih selamat dari gangguan lelaki kalau kita berpurdah."


" Lebih muslimah sikit kalau berpurdah ustaz."


Walau apa pun jawapan yang terpacul dari mulut muslimah yang berpurdah ianya tidak menjadi masalah kerana mereka telah pun berjaya mempamerkan kelainan dan perbezaan di antara wanita muslimah dan wanita kebanyakkan lainnya. Tahniah diucapkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah dan bersyukurlah kerana anda berjaya membawa perwatakan muslimah yang lebih jitu di dalam kehidupan seharian anda.

Cumanya ada beberapa perkara yang penulis ingin titik beratkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah, ianya berkaitan niat anda dalam pemakaian purdah. Niat yang berlegar dihati setiap manusia tidak akan dapat diketahui sepenuhnya oleh makhluk dan ianya hanya terletak di bawah pengetahuan Tuan kepada makhluk iaitu Allah Azzawajalla.

Apabila menyebut perkataan NIAT ini, penulis teringat dengan beberapa jawapan dari pemuda-pemuda amnya setelah diajukan persoalan " Agaknya mengapa wanita berpurdah? ", antaranya :

" Sebab dia lawa la yang dia pakai purdah, takut muka dia yang cantik tu menjadi fitnah terhadap mata-mata lelaki yang memandang."

" Muka tak lawa la tu. Lau pakai purdah nampak cun sikit yer dak ustaz, ke camne? ".

" Ikut-ikut member la tu. Balek mesia kang kompem tak pakai dah."

" Fesyen bos."

" Rasa best sangat la kot pakai purdah."

" Lantak diorang la nak pakai purdah, bukan kaco hidup ku pon. Hak diorang, pedulikanlah."

Pedulikan apa sahaja kata pemuda-pemuda tentang diri anda yang berpurdah. Anda yang mengetahui apa yang terkandung di dalam hati anda. Cuma perlu diingatkan, memakai purdah bukan sekadar ikut-ikutan, ingin menutup kelemahan diri atau demi panggilan fesyen yang pastinya tidak akan berkesudahan.

Ikhlaskanlah hatimu Lillahi Ta'ala agar pengamalanmu boleh dikira pahala di sisi Allah dan moga-moga dengan niat yang ikhlas itu kelak mampu untuk menuntun dirimu ke syurga. Maka bagi pemakai purdah yang sebelum ini tersasar jauh dari niat yang ikhlas Lillahi Ta'ala mari bersama perbaharui niat yang lama kepada niat yang baru

" Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku ingin mendekatkan diri kepadaNya."

Setelah niat diperbaharui perlu ada beberapa lagi ciri yang perlu anda penuhi bagi mencapai tingkat sebenar sebagai seorang pemakai purdah, antaranya :

1. Santun dan tegas dalam berbicara.


2. Tidak melirikkan mata dalam apa jua keadaan.


3. Jangan tabarruj dalam menghiasi mata.


4. Merasakan diri masih banyak kekurangan.


5. Menghindar body language.


6. Lebih ramah sesama wanita lain.


7. Hindar sifat merasa diri mulia.


8. Menggelak dari menutur kalam lagha / berjidal.


9. Mengorbankan diri dalam dakwah dengan lebih konsisten.


10. Berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslimah.

Begitulah di antara beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan kepada pemakai purdah. Apabila anda telah menyarungkan purdah ke muka anda maka bertimpa-timpalah bebanan kerja yang wajib anda pikul dengan berhati-hati agar ianya tidak bertaburan dan keciciran. Dan yang paling penting agar ianya tidak menjadi fitnah ke atas Islam itu sendiri.

Sekiranya anda tertinggal salah satu di antara ciri-ciri yang penulis sebutkan tadi maka boleh dikatakan secara automatiknya anda tidak lagi bergelar srikandi yang membawa imej Islam akan tetapi anda akan bertukar menjadi virus perosak kepada imej Islam yang mulia.

Semoga apa yang diperkatakan penulis ini dipandang sebagai satu perkongsian dan moga-moga ianya tidak dianggap ancaman oleh seluruh warga muslimah yang berpurdah. Semoga anda yang berpurdah berjaya menyelami hakikat kemanisan iman dan juga berjaya menggapai tingkat cinta dan sayangkan Allah serta Rasulullah SAW.

Wallahualam...

Kenapa Kita Perlu Boikot McDonald?

kenapa boikot mcdonald malaysia




Assalamualaikum....
isu ni buat ana hampir gaduh ngn sahabat...
bertelingkah tntg mcd ni...
ni da jmpa kenapa kita perlu boikit mcd....
Thank sarah, sabar tok an cari maklumat ni....hehe....


Kenapa kita perlu boikot mcd? Isu ni dari dulu tak selesai-selesai. Mungkin artikel dan ulasan dari pengerusi Aqsa Syarif ni dapat dipertimbangkan.


Ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:


Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).


Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa ‘mereka tidak menyumbang kepada israel’ bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.


Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.


Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.


Kerana itu boycott adalah satu ‘peperangan’. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.


Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.


Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot. -sumber


NAMUN PENGARAH URUSAN MCDONALD’S MALAYSIA TELAH MENGELUARKAN NOTIS SUPAYA PIHAK YANG INGIN MEMBOIKOT FAHAM KERANA DAKWAAN TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI





sumber


Walaubagaimanapun, Palestine perlukan pertolongan kita semua. Derma semudah guna sms sahaja.




Boleh baca cerita pendek ni sekali :


Sarah: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun da nafikan.

Bono: McD kat sini@mana2 pun still jual jenama dan produk sama. Jadi xkan tade kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?


Sinyu: Tapi xbaik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.

Bono: Wallahu’alam. It’s just at the right time! Dulu penah ke ada offer free meal?


Sarah: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita xyah bayar pape, so diorang pun x untung pape.

Bono: Diorang akan untung senarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.


Sarah: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?

Bani: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal@haram. Ini soal kemanusiaan.


Sarah: So, depend kat pilihan masing2 la kan nak boikot @ x? xleh paksa kan?

Bono: Untung kita kat sini ada pilihan nak boikot @ x. Saudara kita kat sana xleh pilih pun sama ada nak diserang dan menderita @ x.


*Update : Jawapan Ustaz Azhar Idrus mengenai boikot burger percuma mcd. (18.11.12)


Sarah jangan marah...haha<pinjam nama>

Flavour Life Of Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...