Get Your Own Scroller
Showing posts with label attitude. Show all posts
Showing posts with label attitude. Show all posts

Tuesday, 3 December 2013

Al- Fatihah n Alham Mana Sama...

Aqeela pown da pandai ngaji...hehe

Assalamualaikum...
Huhu....korang tengok tajuk tu macam dah tahu kan??? Huuuhu...sama ka??? Xsama ???? Nih cerita student ngaji ana...dia punya lah berani melawan ana yang amatlah garang nih...hehe...garang sangat k...haha...

Mula first tu ana tegur dia suh baca Surah Al- Fatihah...

Ana : k baca surah Al- Fatihah dulu...
Child : mana lah tau...mana baca quran lagi...
Ana : hurm...aik kata dah baca quran...ustazah suruh ulang iqra sebab xkenal huruf...salahkah???
Child : hurm ...dulu mmg quran tapi skunk saya hilang ingatan...
Ana : boleh ka macam tu ok...* ana buka ja helaian surah Fatihah...
Child : alah ni saya pown tau...alham...huh senang je...
Ana : huh....saama ja...
Child : mana samaaa...apa la ustazah...

Cisss...boleh plak dia kata gittew..huhu...sampaai ati dia...haha...budak...nama pown bebudak...biasa lah tu kan...kita ni bg diorang salah..diorang betol sangat...haha...kecik2 kene bentukk...bila besar dah ada pendirian payah...xbetol pown jadi betol...

Apapun kita kena banyak muhasabah...lebih baik...kan?? Apa salahnyaaa...


syifaul saira.com

Tuesday, 12 November 2013

Trial Pack Bamboo Soap...

Assalamulaikum... Nih special tok korang...

This promotion untuk korang je k...hehe...BAMBOO SOAP...untuk trial pack just for RM 15...1box have 3pcs for RM 40...not include postage...xpayah risau...hanya dengan beberapa step untuk korang dapatkan bamboo soap nih...

1. Bank in ke MAYBANK ACCOUNT (SITI SAIRA OTHMAN)...157081339698....

2. Email ke collide91@gmail.com OR SMS 0149024674 detail :

* date and time bank in... * amount and please state your ADDRESS...

sebenarnya ada 3 tapi tok trial ana kasi satu2... so skali postage harga just topup 5 for postage...k...now pm...hehe...

Email : collide91@gmail.com


syifaul saira.com

Thursday, 24 October 2013

Kami Sama Kan???

Sama x???

Assalamualaikum...
Hehe...sonok and nmpk cam mnrik title diatas kan??? Huhu...saja la ritu teringat nk letak perbandingan gambar tuh...hurm apa pndapat korang???

Haha...aqeela ni makin dia membesar makin dia cam berubah2 rupa dia...tau...tapi cuma pangai ja xikut sebab dia byak ikut pangai ayah dia..hehe...dulu muka cam adik ana mai tahap ni cam muka ana lak...depa lah cakap...haha...

Hurm...pics kat atas nih...nmpk muka cam ana ka??? Hehe...

Wasalam...


syifaul saira.com

Tuesday, 15 October 2013

Kak Bubblynotes Suka K-pop???


Assalamualaikum...
Hehe...rini kan ana ada join banyak GA and Segmen...so yang K-Pop ke x ana belasah je...FYI ana ni xlah suka sangat k-pop bagai nih...nak kata xsuka sangat tuh xder lah...nak addict sangt tu lagi lah xde...tengok my cousin sangat2 addict ngn k-pop...apa lah yang best sangat...sampai kenduri ke event family langsung xdatang sebab tarikh sama ngn event k-pop beliau...tersangat addict....huh...pelik3...risau dengau...

Huh kat sini bukan ana nak katakan my cousin tuh tapi nak korang tanya sama Akak Nih...Adakah beliau juga suka K-Pop??? huhu...nak tahu sapa beliau korang dah tahu pown sebab title gabaknya dah tunjuk kan???hehe...nampak sangatlah...haha...

K-Pop...

Sebab apa tau ana suh tanya sebab asal ana JOIN GA unsur k-pop je...beliau macam ahhh..best nye...menarik nye...haha...sekian...


Adakah Beliau Suka K-Pop macam my Cousin???
???

Wasalam...

Thursday, 5 September 2013

Patutkah A.Samad Said Dibuang SN???



Assalamualaikum...
Hurm sja nak kongsi berita ni...Hurm lagipown blog ni xpernah lagi unsur2 begini...hehe,..bersih owkey...hehe...saja ja nak share patutkah A samad Said yang dulunya diagung-agungkan tetapi sekarang seperti dihumban semula ...yang peliknya diperlakukan begitu dalam negara and kerajaan yang sama...korang xpelik...Terumbang Ambing gitew k...

Bukan nak kata lah...kan selalu ja dulu apa2 ja semua NUKILAN oleh A.Samad Said...owh...sungguhlah...heuuu...xleh kata apa...satgi teroz blog kena Blocck...hiuuuu....


Sokong sangat2...

PAS menyelar pihak yang mahu kerajaan menarik balik gelaran Sasterawan Negara (SN) dari Datuk A Samad Said.

Ketua penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuntutan seperti itu tidak wajar kerana A Samad banyak berjasa dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu walaupun "tidak mesra kerajaan".

"Ketokohan dan keberanian Pak Samad pada usianya yang lanjut untuk melawan kemungkaran dalam sistem pilihanraya melalui BERSIH telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda.

"Di sanubari rakyat, Pak Samad bukan sahaja adalah Sasterawan Negara, malah kini terkenal sebagai hero kerana kekentalannya dalam memperjuangkan prinsipnya dan melawan kemungkaran kerajaan," kata Tuan Ibrahim.

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas A Samad, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Menurut Tuan Ibrahim juga melihat bahawa tindakan kerajaan ke atas pengerusi bersama BERSIH itu sebagai satu usaha untuk mengalih perhatian isu kenaikan harga minyak.

"Tindakan kerajaan salah saja tangkap, salah sikit tangkap, benar-benar menjadikan Malaysia negara polis. Sedangkan dialog, perbincangan dan pelbagai medium boleh diguna bagi menjernihkan keadaan," katanya.

Beliau juga menggesa agar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mengulas mengenai tindakan tersebut, agar mengadakan dialog bersama Pak Samad dan tidak mencemuhnya di media.

Menyokong pandangan Tuan Ibrahim itu, ketua penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Yusapiza Yaacob menyifatkan desakan tersebut sebagai satu "ugutan, tidak bermoral dan zalim" terhadap A Samad yang menabur banyak jasa memartabat sastera negara.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya menarik balik gelaran kepada para pemimpinyang terlibat dalam salah laku dan rasuah.

"Mereka inilah yang perlu dihukum dan bukannya seorang tua yang hanya membaca puisi.

"Hakikatnya, petualang-petualang negara ini bebas berada di dalam negara, tanpa sekatan dan masih lagi memegang jawatan-jawatan tinggi dalam negara," katanya yang tidak menyebut nama individu tertentu.



  1. Pak Samad rela dilucut gelaran SN, kerakyatan 
  2. PAS: Tak wajar tarik gelaran SN Pak Samad 
  3. IGP dakwa Pak Samad menyusup ke rumah 
  4. Ambiga: Tergamak mereka layan Pak Samad begitu 
  5. Sasterawan Negara dibawa polis ke Dang Wangi 
  6. 'A Samad Said jangan ingat dia besar sangat' 
  7. Pak Samad: Saya di rumah, tiada siapapun datang 
  8. IGP dakwa Pak Samad 'menyorok'

Monday, 3 June 2013

Tips : Mulakan Hari Dengan Gembira...

Assalamualaikum...
Arini Ana berkongsi TIPS ...
Tips bagaimana nak mulakan hari2 kita dengan gembira...
Biasalah hidup kengkadang tension lah apa lah...kenn...

So semoga bermanfaat bagi semua k...

Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur
  •  Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
  •  Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
  •  Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.





5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.


6. Maafkan Semua Orang
  •   Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
  • (ana pown selalu lakukan gak yang ni...hampir2 berkesan...huhu)
Ok...
Selamat beramal k...
Moga berjaya...
Wasalam...

Thursday, 16 May 2013

Apa jiji buat kat GH?

Assalamualaikum...
Hurm sbuk sgt lorh..
Esk ana exam..final tau,brat tu..
Tp ana ni jns xleh study last2 minit ni..rasa mcm nk pch kpala kan.?huhu..
Huh entry ni ana nak cta sal jiji..

Huh?
Apa jiji bt kt genting?
Kalau yg knl dia kan,org akan ckp dialah bdk plg nkal tp bek..hahak..
Jiji ni nakal2 sgt..
Baik2 skt ja..huhu..

Tp yg bestnya jiji ni blh brtlak ansur..
Mcm org yg dah matured..
K ana start k...

Jiji ...
Budak yang paling excited bila mama umumkan kitorang pergi GH...
Syiok sampai jerit2...
Bahahaaaa...

Sampai2 ja kami kat Gh...
Lepas2 ja mama amik tiket untuk kitorang main 2..
Terozz ja dia zassss pecut masuk..
Haha...lawak gila dia...


Start Fun...
 Masok2 ja...
Ana nmpak yang mencabar je...
Jiji..first nmpak rumah antu...haha...
Alahai mak...rumah horror yang lgsg xkejut..
plg x pun apa yg diorang xtakut tu ana mesti takot...
Ni x,ana lgsg xtakot powm...Hehhh...
Buwet ponet ja den que memanjang...heh...

jumper boat ni aqu pown nek gak...best oooiii...
 
Jumper boat ni best ooii..
2 pown jiji sentiasa takowt...
Sebab benda tu kan kena handle sendiri..
Tapi ana paksa jugak...(sampai gadowh2...haha...)
Hehe..adik oh adik apalagi yang nak takot??

leyh heh...nek benda ni ja...funfair Ahpek betol lah...
 
Takowt....takowt...takowt...
yang tu ja yang kuar dari mulut dia..haha

the eye ten ni dia nek ngn jiah...
Tibanya ana nak nek Go kart ngn udinz...
Jiji pow terpaksa lah pergi cari fun ngn chiah plak...
Haha...lagipon si chiah yang suka layan dia pown...
(mengharap lah aqu...)


jom cuba yang lain...
Ajak nek yang ni geleng2...
Yang tu pown geleng jugak...
Waduhhh..xkuasa nak layan...
(sambil feel sorang2...haha..)



Thursday, 25 April 2013

Allah Will Pay Back CASH...

Assalamualaikum...
Huhu...

Dah lama X update entry baru kan...
Huh ni lah time yang terbaik untuk Update Kaw2...Huhu...
(Padahal Assignment berlambak2 dok tggu...haha...Bgoz Saira..hehe)

Kita release tension dulu kan..hehe,..
Haha...skunk ni Title blog ana dah pown menjadi2...
Melebihi isinya...hahak...(sejak2 dengar ustaz kat ikim cakap title itu punca segala2nya...maksudnya punca first org untuk tgk page tu...hurm)

Ok kali ni ana nak terangkan bagaimana yang ana kata Allah Will Pay back CASH???
Hurm ...

Banyak perkara yang kita lakukan kat dunia yang kadangkala One-sidely kan??
Hurm...sebenarnya x pown...

Setiap kebaikan yang kita lakukan, kita mesti yakin bahawa Allah s.w.t pasti akan membalas dengan ganjaran yang lebih baik.

First. Yakinlah, "what you give, you get back".
 Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. 
Begitu juga dalam bekerja, sekiranya kita membuat suatu kerja dengan ikhlas dan gigih. 
Allah pasti akan membalaskan kebaikan kita. 
Walaupun Allah tidak membalas ganjaran kepada kita sendiri, 
tetapi mungkin Allah bagi ganjaran kepada orang lain yang dekat dengan kita. Boleh jadi keluarga kita dan sebagainya.

Kita nak orang sayang kita...
Kita perlulah Byak sayangkan orang...
Itu semua sifat Rasulullah...

Bila kita banyak benci orang...
X mustahil orang banyak benci kita...
Sedarlah...
Kita kongsi Dunia...

Second, sama ja kalu kita lukakan hati orang, 
Tipu orang, Dan macam2 lagi hal2 negative...
Ingatlah satu hari...
Benda yang sama pasti n WAJIB berlaku atas diri kita pula...

Soalannya...!!!
Kenapa Allah blas CASH kat dunia..?
Kenapa Allah xsimpan ja kat Akhirat...???

Pasti sepastinya dia Sayangkan kita...
Nak kita bertaubat dari buat orang mcm tu...
So dia balas kat dunia sebab dia xsanggup meletakkan diri kita ke NERAKANYA lama2...
So boleh kurangkan dosa kita...

So kita mesti lah ingat apa yang kita buat akan dibalas...
Ana bukan boleh mengubah orang tetapi boleh mengisi jiwa orang...
Hehe...

Wallahua'lam...
Wasalam...

Ikhlas dari ana Syifaul Saira

Tuesday, 12 March 2013

Alhamdulillah...

Salam...
Sejak 2 menjak ni hidup ana terasa senang,,,
Allah dah permudahkan segalanya...
Dapat duit BR1M ...
Boleh jugak bagi mak...
Ana ni blaja lagi so biasa lah xdapat bagi pulus lagi kat mak...
Menghulur ni jangan kata lah...Meminta tu jangan cakap lah...
Tapi mak xpernah pon merungut ke apa...
Ya la kan jasa baik ibu bapa ni tak ternilai sungguh...

Perjalanan 2,3 ari nie sangatlah baik...
Syukur jugak dapat juga Zikir sikit2 tu...
Tapi apalah sangat...nak dibandingkan kan...??...

Tapi tulah...kita kena banyak bersyukur walau apapun,macam mana pown...

bila dengar lagu ni...
Fuhhh....
Menggelataq badan...huhu...



semoga kita sentiasa dirahmati Allah....Amin...

Tuesday, 20 November 2012

Kita Ni Pemuda lah>>>???






"Wei, cuba kau tengok mamat tu"

"Style dohh.."

"Kau tengok apa dia pakai"

"Baju Paddini dengan seluar Levis tu kira ok lagi. Boleh consider affordable la. Tapi, yang tak boleh tahan tu, jaket Zara dengan kasut Onitsuka Tiger"

"Mau-mau, aku tengok barang kat badan dia je, dah cecah Rm 1000"

"Mahal tu !!!" Kata Amir penuh teruja

"Mahal apa ? Mahal barang ke ? Mahal orangnya ? " Tanya man seolah-olah meminta penjelasan lanjut

"Mahal barang je kot.." Jawab Amir kembali

"Dah tu, awat kau kagum sangat? Harga diri kau lebih mahal tahu tak Mir! "

"Mahal apanya, aku ni pakai baju cap ayam dengan selipar jamban je. Murah kot. Awek-awek tengok pun nak termuntah "

"Rugi-rugi. Kau masih tak sedar mir, bahawa harga diri kau sungguh mahal. Sangat-sangat mahal. Hendak tahu sebab apa ? "

"Sebab kau seorang pemuda mir. Pemuda !"
Harga Diri Seorang Pemuda

Jiwa yang muda, lahir dari semangat yang kental, keperwiraan yang sejagat serta keinginan yang membuak-buak. Jiwa muda juga adalah jiwa keberanian, jiwa kesatuan dan juga jiwa pengharapan. Rugilah jika anda muda pada "lahirnya" tetapi tua dari segi "semangat" dan "pemikiran".

Dalam hal ini, Imam Hassan Al Banna telah mengariskan 4 rukun pemuda iaitu ;

1) Iman (hati yang suci)
2) Ikhlas (jiwa yg bersih)
3) Hammasah (perasaan yg kuat)
4) Amal (azam seorang pemuda)

Hebat bukan seorang pemuda itu ? Jangan diingat negara sahaja punya rukunnya yang tersendiri, pemuda juga turut sama punya rukun. Bezanya rukun pemuda adalah bercirikan aspek pembinaan individu.

Pembinaan individu yang mengambarkan pemuda sebagai seorang yang mempunyai kemampuan, tekad, keberanian dan kesabaran dalam menghadapi tentangan. Dengan adanya pemuda, segala permasalahan umat dapat diatasi, musuh dapat dihalau dan bendera kebaikkan dapat dikibarkan.

Fuhh.. Berpeluh panjang saya copy and paste risalah pemuda tulisan Hassan Al Banna ini ! Terasa berat pula pundak (bahu) mahu memikul dan menulisnya. Namun, jika ada kemahuan, semuanya pasti boleh !

Kita kan pemuda !

Hammasah Aliyah (Keinginan yang tinggi)

Salah satu daripada rukun yang digariskan Imam Hassan Al Banna dalam risalah pemuda adalah Hammasah Aliyah. Keinginan yang kuat! Sifat ini adalah berlawanan dengan Hammasah Daniyah (Keinginan yang lemah).

Kenapa hammasah (keinginan) ini dipandang penting oleh Imam Hassan Al Banna apabila menilai pemuda?

Jawabnya adalah terletak dalam diri pemuda itu sendiri. Kerana hanya pemudalah sahaja mampu mempunyai semangat seperti itu..

Begini, analogi mudah.

Seorang pemuda A, telah jatuh cinta kepada seorang wanita B. Oleh kerana cintanya yang teramat sangat kepada wanita B, dia sanggup berkunjung ke rumah wanita B itu yang terletak 60 km dari rumahnya dengan hanya menaikki basikal. (Rumah wanita itu di pedalaman. Tiada sebarang kenderaan boleh memasukinya kecuali basikal).

Lihat Hammasah Aliyah pemuda A ini --> Dia sanggup berkunjung ke rumah wanita B itu yang terletak 60 km dari rumahnya dengan hanya menaikki basikal. (Rumah wanita itu di pedalaman. Tiada sebarang kenderaan boleh memasukinya kecuali basikal).

Berbeza pula situasinya dengan seorang lelaki yang telah berusia. Andai dia meminati seorang wanita sekalipun, dia terpaksa berfikir beberapa kali untuk menaikki basikal sejauh 60 km secara sendiri.

"Boleh ke tak boleh ni ? Aku dah tua. Badan selalu sakit-sakit ! "

"Joyah oh Joyah,maafkan abang mat aku lebih cinta diriku dari dirimu "

"Selamat tinggal Joyah ! "

Berbeza bukan? Walau pun kedua-duanya adalah lelaki, namun semangat yang tinggi itu ada pada seorang pemuda!

Hammasah Aliyah Seorang Anak Muda!

Dua orang anak muda sedang gagah beraksi sambil berlari-lari di tengah padang pasir. Siang itu, mentari seakan didekatkan hingga sejengkal. Debu-debu pasir mendesir, ranting-ranting kayu yang basah pada malam hari menyala ditiup angin yang keras lagi panas.

Anak muda itu masih berlari. Sambil bertanyakan kepada orang ramai.

"Kamu tahu yang mana satu Abu Jahal ? "

"Tidak tahu " Jawab seorang sahabat r.a

"Kamu tahu ? " Tanya mereka lagi.

Tiba-tiba seorang sahabat r.a menyahut.

"Ya aku tahu wahai anak muda ! "

"Abu Jahal sedang duduk di tengah-tengah kelompokkan musyrikin itu" Jawab Saidina Abd Rahman B. Auf.

Tanpa berlengah lagi, kedua-dua orang anak muda itu menderu laju sambil menunggang kuda menuju ke arah Abu Jahal. Kedua-duanya seolah-olah sedang bersaing untuk membunuh Abu Jahal.

"Yaarghh !!!! " Mereka berdua menyerang Abu Jahal!

Siapakah mereka berdua ini ?

Ya, mereka berdua itu adalah Mu adz bin Amr bin Jamuh (14 tahun) & Mu'awwidz bin Afra' (13 tahun) dan kedua-duanya adalah seorang pemuda!

Dua orang sosok pemuda Anshar yang berazam untuk membunuh Abu Jahal kerana mereka mendengar bahawa Abu Jahal seringkali mencaci Rasulullah saw. Lihat betapa tingginya Hammasah Aliyah mereka ?

Terkejut ? Tiada yang mustahil jika di dalam diri itu adanya keingindan dan semangat yang tinggi. Di atas keazaman yang kuat mereka tetap berusaha untuk mencapai Abu Jahal. Muadz terus melibas betis Abu Jahal hingga putus serta merta.

Namun, apakah pengorbanannya?



Beliau terpaksa membayar dengan satu libasan pedang oleh Ikrimah (anak Abu Jahal yang ketika itu masih belum memeluk Islam) hingga hampir putus lengannya itu. Digambarkan di dalam sirah, lengannya itu seakan tergantung-gantung di kulitnya sahaja. Subhanallah.

Namun, adakah ia menangis? Sesekali tidak. Namun apa yang dikisahkan beliau ketika saat itu,

"Pada hari itu saya benar-benar berperang seharian penuh. Tangan saya yang hampir putus itu hanya bergelantungan di belakang. Dan ketika ia menyulitkan saya, saya pun menginjaknya dengan kaki, lalu saya menariknya hingga tangan saya terputus."

MashaAllah, apakah ada remaja 14 tahun yang sanggup berbuat demikian? Muadz sanggup memisahkan tangan dari jasadnya agar bisa bebas mengobarkan jihad buat agama.

Bagaimana pula halnya Mu'awwidz, kata Muadz,

Lalu Mu'awwidz bin Afra melintas di hadapan Abu Jahal yang sedang luka parah. Lalu ia pun berkata ;

"Di sini, tamatlah riwayatmu wahai Abu Jahal!" Lalu ia pun menebas Abu Jahal yang sedang cedara parah itu dengan pedang.

Tamatlah sudah riwayat Abu Jahal.

Subhanallah. Bagaimana ?

Rasa seperti terkejut yang amat sangat.

Itulah kisah pemuda 13 dan 14 tahun yang jarang sekali kita dengar.

Pemuda Masa Dulu VS Pemuda Masa Kini ?

Pemuda pada masa dulu, bahkan pada masa "datuk-nenek" kita, sememangnya seorang pemuda yang sangat-sangat berdikari.Pengalaman telah mematangkan mereka lebih daripada usia. Mereka mengharungi kehidupan yang sukar menuju kejayaan yang gemilang...

Sebagai contoh, remaja pada zaman dahulu, seawal tujuh atau lapan tahun telah mula bekerja membantu keluarga. Ada yang menoreh getah, berkebun, mengembala lembu dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah, mereka lebih berjiwa kental dan "cepat" matang daripada usia.

Pabila disuruh bekerja, mereka mampu berdikari, pabila disuruh berperang, mereka mampu menjadi "panglima", pabila disuruh memimpin mereka mampu menjadi pemimpin umat.

Mungkin ada segelintir daripada kita akan berfikiran skeptikal dengan membandingkan dinamika kehidupan yang sama sekali berbeza pada waktu dahulu dan sekarang.. lalu, lihatlah pemuda masa kini, mereka juga tidak kurang hebatnya..

Pemuda masa kini, mungkin sedikit manja dan tiada daya tahan pemikiran yang utuh. Saya mengakuinya, saya juga begitu. Ada yang sanggup menangis demi cinta, ada yang tidak tertahan untuk berdikari berseorangan, ada juga yang menangis tika berjauhan dengan ibu bapa. Tika susah sahaja mereka menelefon ayah dan ibu. Tika senang... buah hati sepanjang masa..

Ops ! Bukan pemuda seperti itu yang ingin saya gambarkan ! Tetapi pemuda yang saya ingin gambarkan ini adalah pemuda pencetus revolusi Islam. Ya, pemuda beginilah yang didambakan kemunculannya.

Pemuda pencetus revolusi Islam

Lihatlah kebangkitan Islam di negara-negara Arab. Satu istilah yang sangat sinonim dengan masyarakat dunia masakini

"Arab Spring" !

Siapakah pencetusnya ? Siapakah pendokongnya ?

Tidak lain tidak bukan adalah pemuda. Ya, Pemuda. Pemuda seperti kita!

Di Malaysia, pengaruh golongan muda terhadap gelombang kebangkitan Islam tidak dinafikan. Lewat tahun 80an, arus gelombang mahasiswa Islam telah mula dirasai dan semakin dirasai hingga kini.

Pemuda-pemuda yang mendapat tarbiyah khusus Ikhwanul muslimin di luar negara khususnya Mesir dan United Kingdom, telah pulang ke Malaysia dan mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat setempat khususnya pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kesannya, masyarakat kembali cenderung kepada Islam. Satu perubahan drastik yang dibuat tidak lebih daripada usaha 20 tahun lamanya. Satu perubahan yang terinspirasi dan diinsipirasikan daripada pemuda kepada pemuda. Dan seterusnya daripada pemuda, kepada masyarakat.



Bangkit Dari Lamunan

Dr. Amr Khaled menceritakan dalam bukunya "Buku Pintar Akhlak" sebuah kisah yang amat menarik buat renungan kita bersama.

Pada suatu hari, ketika aku mahu menunaikan solat berjemaah di Masjid, seorang tua menghampiriku dalam keadaan menangis teresak-esak.

Aku merasa pelik lalu bertanya.

" Kenapa Pak Cik menangis?"

Jawapan yang diberikan itu membuatkan jiwa muda saya tersentuh. Jawapan itu adalah ibrah of the year saya.

"Pak Cik menangis kerana melihat anak muda seperti kamu datang ke masjid pada setiap waktu.. Alangkah baiknya jika hati pak cik tertarik pada Masjid, seusia kamu dahulu... Ruginya masa muda pak cik kelmarin... "

"Apa yang mahu pak cik jawab di hadapan Allah swt nanti !" Ujarnya lagi.

Justeru, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt sekalian... Ayuh kita bangkit, bangkit dari kealpaan lalu menuju kejayaan yang gemilang. Gunakan setiap peluang dan ruang pada usia muda ini untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya..

Lihat sahajalah Imam Al Ghazali, bagaimana dia memaksimumkan potensi dirninya untuk ilmu, sehingga dia tidak sempat untuk berkahwin.. Lalu, lihat pula, Imam Hassan Al Banna, bagaimana pemikiran mudanya mampu untuk merevolusi pemikiran umat.

Mereka semua tidak perlu menunggu usia tua untuk membentuk keajaiban. Mereka juga tidak perlu umur yang panjang untuk meninggalkan kesan ke dalam sejarah peradaban manusia. Kedua-dua contoh di atas, meninggal dunia, seawal usia 40 an. Usia di mana, kehidupan seorang lelaki itu bermula menurut istilah barat. Tetapi kita orang islam, mari memulakan diri sebagai seorang lelaki pada usia ini.. " MEN's life start at 20′s.. atau lebih muda daripada itu". InsyaAllah

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi "
(Surah al-Baqarah ayat 30)

Semoga kitalah khalifah itu ! Semoga kitalah pemimpin itu ! Dan semoga kitalah si pembebas Al Aqsa itu!

Teringat pada satu kata-kata daripada Syeikh Raed Solah yang menghuraikan satu hadis jika yang menerangkan bahawa akan tiba satu zaman , yang menjadi pembebas al Aqsa adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai jambang seperti orang Arab ! Tetapi jambangnya nipis dan sedikit persis orang Melayu di Malaysia ataupun Indonesia!

Allahu Allah... Moga-moga kita lah itu! islam itu indah...

Sunday, 15 January 2012

Apakah lambang peribadi seseorang..???

Assalamualaikum..

Entry kali ni ana ingin kupaskan tntang isu keperibadian seseorang…
is everything
Apakah lambang peribadi seseorang…

Ibu bapa kepada orang tersebut…???

Ya…ibu bapa nya adalah lambang dirinya…

Orang yang pertama beliau bertemu,dan mendidik beliau dgan segala akhlak mulia bagi memnuhi segala aspek…nurani dan jasmani…

Bila kita jalan, orang yang pertamanya akan tnyakan soalan…
·         Siapakah ibu bapanya????
 
Tidak asing lagi dgan soalan diatas kan???

Bila kita menunjukkan perangai dan akhlak yang buruk,maka itulah pndgan org terhadap ibu bapa kita…jika baik akhlak kita, maka baik lah pandangan org terhadap ibubapa kita…

Yang ana nak beri perhatian ni adlah pada akhlah yang ditunjukkan dan bkanlah pada pandangan orang…tentang ibu bapa…

Ok… di sini jelas yang peranan ibu bapa amat2lah penting bagi melahirkan anak2 baik akhlaknyadan tidaklah terus menerus menuding jari kea rah guru yang mendidik…

Kerana  guru hnyalah peranan di sekolah yg kedua bagi membentuk dan mgulagi apa yang telah dididik oleh ibu bapa masing2…

Dulu masa ana berada di tgkatan 1…                      
     
Ada sahabat ana yang mgatakan yang sekolah yang berhadapan dgan sekolah kami itu sekolahnya tidak bagus walaupun berada di dalam aliran agama…

Ana sentiasa memikirkannya…sehingga sekarang…dn mgenal pasti yang bukan lah sekolah yang tidak bagus…tetapi terletak pada diri seorang pelajar..

Dan ana juga sedar, yang tggapan sahabat ana itu tggapan biasa …
Iaitu sama juga klu pelajar itu menunjukkan akhlak yg baik maka mereka akn mgaggap bagusnya sekolah,jika buruk akhlak,maka sebaliknya….

Begitu juga tggaapan tntang peribadi seorang insane…
Iaitu ibu bapanya…

Jelaslah…berakhlak mulia seseorang , maka begitu juga ibu bapanya…

Renungkan perkara ini baik2 untuk masa akan datang….

Waaalhualam…

Thank for read…

Flavour Life Of Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...