Assalamualaikum...
Hurm sja nak kongsi berita ni...Hurm lagipown blog ni xpernah lagi unsur2 begini...hehe,..bersih owkey...hehe...saja ja nak share patutkah A samad Said yang dulunya diagung-agungkan tetapi sekarang seperti dihumban semula ...yang peliknya diperlakukan begitu dalam negara and kerajaan yang sama...korang xpelik...Terumbang Ambing gitew k...
Bukan nak kata lah...kan selalu ja dulu apa2 ja semua NUKILAN oleh A.Samad Said...owh...sungguhlah...heuuu...xleh kata apa...satgi teroz blog kena Blocck...hiuuuu....
Sokong sangat2...
PAS menyelar pihak yang mahu kerajaan menarik balik gelaran Sasterawan Negara (SN) dari Datuk A Samad Said.
Ketua penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuntutan seperti itu tidak wajar kerana A Samad banyak berjasa dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu walaupun "tidak mesra kerajaan".
"Ketokohan dan keberanian Pak Samad pada usianya yang lanjut untuk melawan kemungkaran dalam sistem pilihanraya melalui BERSIH telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda.
"Di sanubari rakyat, Pak Samad bukan sahaja adalah Sasterawan Negara, malah kini terkenal sebagai hero kerana kekentalannya dalam memperjuangkan prinsipnya dan melawan kemungkaran kerajaan," kata Tuan Ibrahim.
Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas A Samad, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.
Menurut Tuan Ibrahim juga melihat bahawa tindakan kerajaan ke atas pengerusi bersama BERSIH itu sebagai satu usaha untuk mengalih perhatian isu kenaikan harga minyak.
"Tindakan kerajaan salah saja tangkap, salah sikit tangkap, benar-benar menjadikan Malaysia negara polis. Sedangkan dialog, perbincangan dan pelbagai medium boleh diguna bagi menjernihkan keadaan," katanya.
Beliau juga menggesa agar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mengulas mengenai tindakan tersebut, agar mengadakan dialog bersama Pak Samad dan tidak mencemuhnya di media.
Menyokong pandangan Tuan Ibrahim itu, ketua penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Yusapiza Yaacob menyifatkan desakan tersebut sebagai satu "ugutan, tidak bermoral dan zalim" terhadap A Samad yang menabur banyak jasa memartabat sastera negara.
Katanya lagi, kerajaan sepatutnya menarik balik gelaran kepada para pemimpinyang terlibat dalam salah laku dan rasuah.
"Mereka inilah yang perlu dihukum dan bukannya seorang tua yang hanya membaca puisi.
"Hakikatnya, petualang-petualang negara ini bebas berada di dalam negara, tanpa sekatan dan masih lagi memegang jawatan-jawatan tinggi dalam negara," katanya yang tidak menyebut nama individu tertentu.
(SumbeR)
- Pak Samad rela dilucut gelaran SN, kerakyatan
- PAS: Tak wajar tarik gelaran SN Pak Samad
- IGP dakwa Pak Samad menyusup ke rumah
- Ambiga: Tergamak mereka layan Pak Samad begitu
- Sasterawan Negara dibawa polis ke Dang Wangi
- 'A Samad Said jangan ingat dia besar sangat'
- Pak Samad: Saya di rumah, tiada siapapun datang
- IGP dakwa Pak Samad 'menyorok'
macam2 skg ni.lg pn kes ni alam siasatan..dorg xblh nk tarik sesuka hati..
ReplyDeleteYup betol..da semakin terok...
Deletespeechless...
ReplyDelete