Get Your Own Scroller
Showing posts with label change up. Show all posts
Showing posts with label change up. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

“ Segmen Saya Mahu Ditegur”

Asslamualaikum...
selamat hari sabtu semua...permulaan hari sabtu ni ana nak join and support abang Eyriqaz..da lama ana jadi silent reader dia..dalam 4 tahun jugak lah..hehe...best baca entry2 dia...banyak sharing...btw sharing is caring right...hihi...

Ok dia ada wat segmen...segmen yang bagi ana akn lebih mengeratkan lagi silaturahim sesama blogger..yer dak??? ye la da comment bagai mestilah erat tuh..huhu...

Kenapa Ana Nak Ditegur Oleh Abg Eyriqazz?
  1. Ana juga ingin kan pembaikan untuk blog tersayang ana ni...
  2. Ana juga ingin mendengar ulasan baik or buruknya tentang blog ini sejak ia dilahirkan...
  3. Harap boleh bekerjasama...
  4. Dapat memberi idea yg memberangsangkan bagi membaik pulih blog ini...
kalau anda ingin juga blog anda di comment..silalah ke SINI... ok...

Wasalam...

Thursday, 29 August 2013

~ Our Abah Is The Best Dad In Earth ~

Assalamualaikum...
hurm...da lama xcerita sal family ana kan...kisah mama dah nih kisah abah lak...tapi xbanyak lah sikit2 ja...Hurm terharu and menangis sebenarnya bila baca entry kak Farah bubblynotes nih...memang da lama nak wat entry sal abah...kebetulan plak akak farah wat entry menyentuh perasaan tuh bikin semangat tok ana lahirkan entry abah nih...So korang jangan lah touching2 k...ini semua sekadar share...Share Is Caring dah lama jadi sifat ana :p

Semenjak dua tiga empat menjak ni ana selalu kena tinggal  so kenalah dok ngn abah ...Makin lama makin ana faham perasaan seorang abah...yelah balik2 ja dah ada abah lam umah sambil tanya dah makan ke belom? keja macam mana? hish semua ditanya...

~abah ana~
Bila teringat kengkadang ana termarah abah tension mungkin...abah tetap senyum and buat2 lawak nak kasi ana tersunyum jugak...ana tau abah mungkin terasa tapi abah xpernah wat muka xmenyenangkan kat ana...abah akan tersenyum bila kita wat muka kelat semacam jah...Yes...itu wat ana terasa di kemudian hari saat termenung...sebab abah xpernah wat muka kelat dan akan sentiasa tersenyum...biarpun anak2 tension marah bagai...

abah yang xtive
Ye abah yang akan tanya sebelom ana gi keja "akak!!! minyak moto dah ada ke?? Bila ana jawab xde je cepat2 abah kuar and tolong isikan...and then pesan " akak jangan lupa zikir ingat Allah tau" hehe..abah akan ingatkan ana sekalipun muka ana pelbagai rupo..!!!huhu...

Ya dan Ya abah xpernah pukul anak2 dia sekalipun anak dia wat masalah besar (xla sampai bakau umah orang korang nih...)..Cara abah,abah akan panggil masok bilik and tanya kenapa wat macam tuh and selesaikan cara baik...sesungguhnya bagi ana ini adalah yang terbaik kita ajar anak2...sebab kalu pukol akan simpan benci and dendam...kalu wat macam abah ana ni makan Dalam weyh...nangis kau disitu..huhu...

Apapun ana sayang dua2
Ya and ya And yes...bila ana and anak2 yang lain mengadu something abah akan dengar...ya dengan TELITINYA...hurm...kengkadang kalau mama xda ana selalu ngadu ngn abah...semuanya...and abah first thing akan suh ana sabar and dia akan pujuk ana dengan amik teladan dengan kisah2 nabi...(sambil cerita sambil selesaikan masalah...) sampai ana puas hati baru abah mintak diri untuk wat keja...

Abah ngn Jiji
And bila ana and anak2 yang lain gagal dalam apa2 abah still tidak akan menggangu gugat prestasi semasa kami...and perkataan yang kuar dari mulut abah ialah " anak2 abah semua pandai and terbaik...mungkin kali ni Allah suruh hampa kuatkan ingat Allah lagi la tuh..." Yup...Allah2 And Allah...sebenarnya ana kagum ngn abah dapat didik kami sekeluarga...bukan sikit tapi banyak 9 semuanya...ana berrsyukur sangat2...My Abah is the best Dad In the Earth... Yup thats right...

Abah Ana
Othman Bin Omar Bin Aziz
Pesan Abah selalu ana ingat...>
  • Ingat Allah Selalu...
  • Allah beri dugaan bersebab dan dia semestinya tahu kita mampu harungi..Dia Maha Mengetahui...Allah Knows The Best...
  • Bila kita gagal, bukan Allah xsayang tapi dia rindu kita...dia nak dengar doa rintihan kita..
  • Kita jaga hubungan kita ngn Allah,Allah jaga hubungan kita ngn orang yang kita sayang...
Hurm..xingat banyak..ingat sikit ja...(sebenarnya malas tulis...haha)...jadi lah ni...Kita kena pikir kena sedarkan diri...abah terbaik buat kita...ya...abah lah segala2nya selepas mama...k...

I luve u My Abah Othman...hehe...Seluruh hati ini ada pada keluarga ana...Alhamdulillah...
K Wasalam....

Tuesday, 20 August 2013

Kenal Pasti Jika Kita Keracunan :P

Assalamualaikum...
Hurm...Ana ni Baru je pulih dari Satu penyakit yang ana xpernah rasa sesakit ni...memang hilang segala2 mood...huhu..nak tahu...Baca Entry Special DISINI... Memang sakit sangat bila perut memulas akibat keracunan makanan. Bukan tu jer, lagi tambah teruk bila muntah-muntah & cherry berry! So, kat sini bila dah pulih sikit ni cepat2 cepat2  nak share sedikit rawatan asas berkaitan keracunan makanan sebab keracunan makanan memang selalu terjadi kepada kita semua tanpa disedari.

Pertama sekali kita kena kenal pasti apa ciri-ciri keracunan makanan :
  1. Mangsa merasa loya dan sering muntah.
  2. Perut mangsa akan sakit dan memulas
  3. Kadang kala mangsa akan mengalami demam dan dehidrasi
  4. Cirit birit yang teruk akan berlaku kepada mangsa
Bila terdapat tanda-tanda macam tu, ada beberapa pertolongan cemas yang boleh kita berikan kepada mangsa keracunan makanan. Tapi sebelum tu, kita kena check balik apakah makanan atau minuman yang dimakan oleh mangsa beberapa jam atau beberapa hari sebelum tu.Macam Ana ..ana makan biskut expied..haha..xcare langsung..huh... Sekiranya, mangsa keracunan makanan bukan disebabkan makanan laut, contohnya macam ana lah... antara rawatan mudahnya ialah:


pffft ana sebenarnya da minum vitagen tuh awal2 lagi.hihik
ATTENTION!!!
  1. Berhenti makan/minum bahan tercemar tersebut.
  2. Minum banyak air supaya kita tidak terdehidrasi yang boleh membawa kepada demam
  3. Minum minuman yang ada kultur hidup Laktobasilus Asidofilus seperti Vitagen
  4. Ambil ekstrak buah anggur contohnya minum Ribena Bagi menggantikan elektrolit akibat cherry berry & muntah, kita boleh buat sendiri air garam tu dengan cara kacaukan segelas air suam dengan 1 sudu teh garam dan 4 sudu teh gula

Sekiranya kita sedang mengembara di tempat yang dilaporkan kes keracunan makanan adalah tinggi, korang dinasihatkan mengambil lebih banyak makanan yang pedas dan berempah bagi meningkatkan kadar rembesan jus gastrik

Tapi, kalau korang keracunan akibat memakan makanan laut (yodium) seperti kupang dan kerang , korang digalakkan untuk :
  1. Minum susu dan ulangi meminumnya selang 15 minit (jika mangsa tidak muntah)
  2. Sekiranya susu tiada, kacaukan tepung atau tepung jagung dengan air
Hehe...huhu...ni Note Share ngn Cik Lawyer  nih...hehe...K sal entry ni korang just boleh wat tips je k..sekurang2nya dapat kurangkan sakit...And please...sakit itu Allah datangkan And Allah yang sembuhkan...Nice...Apa2 pun ingat Allah...Zikir Bebanyak...InsyaAllah sihat semula...hehe...

k Wasalam...Moga Bermanfaat Buat Semua..

Keracunan Boleh Demam Ke???

Assalamualaikummm...
Hurm korang sihat???... ana baru lepas baik dari keracunan makanan...huhu...semalam lah kat tempat keja...ana dengan pgai xcarenya pegi makan biskut expired...huhu...*itu lah je yg tau apa yg ana makan...yg len lupa doh...

So balik2 tu huh...mulalah pening gila kepala ni...mula sakit senddi and otot2 bagai..huhu...mula rasa nak muntah lah...cirit birit agak terok...ana rasa cam seksa semacam jah...malam tu mama ajak gi teman ddia meeting and dinner at Vistana...ana lgsung xmakan and ddk teroz lam toilet...huhuk...best gak...hehe...

k ana ada google try ....kalu kita keracunan boleh demam ke...and the answer is YES...huhuk...patutlah...

Hurm rini langsung xdapat wat apa2...hurm...xdapat bgun langsung aduh...ni pown sedaya upaya nak gak update blog...huhu..untuk korang gak kan...hehe...


Sunday, 4 August 2013

~Malam Yang Lebih Hebat Dari Malam Pertama~:)

Assalamualaikum...
Sempena malam ni..malam pe?? Malam ke 27 ramadan...Entry ni peneman malam 10 mnit kamoo...k Keep Reading,...

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:


  1.  Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
  2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.


Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:


  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Kelebihan Malam al-Qadar

1. Pahala amalan kebaikan digandakan lebih baik daripada jumlah pahala beramal selama 1000 bulan
2. Kesejahteraan sehingga masuk waktu Subuh

K Keep readng...Wasalam...

Moga Kita dapat mengejar Lailatul Qadar...

~Iftar With Barakah~

Asalamualaikum...
hurm entry minggu lepas2 hehe...ha la wat modal nak wat entry tok blog ni lah..nanti korang bored plak..langsung xada apa2 update kan? hehe macam la famous sangat...(feeling2 syiok gitew...hihik)...

Hurm ni kisah berbuka ngn family ana kat luar...bukan luar umah lah..means kat tempat jauh sikit dari umah...hehe...Alkisahnya begini...ofis ana dijemput tok pergi majlis iftar bersama Timbalan Ketua Menteri...Sooo...ikutkan hati memang xnak...Sebab ana balik2 ja umah...wat2 tdo lagi huh...macam malas nak pegi tapi disebabkan ana ni gatal mulut pegi cakap kat mama beberapa hari lepas...kena lah pegi juga..gpown abah ana suka jumpa Timbalan tu huh...

So pegi lah ana sefamily...abah cakap diorang wat solat maghrib and tarawih skali...Aduh camana la boleh plak ana terlupa nak bawa...kalut dibuatnya...huhu...pegi2 tengok da ramai ya ampun..segan nak masok...rasa cam asing gitew..huhu...punya lah ramai...Fuhhh... 

My own food for other hehe

Diorang bungkus je takot kalut org serbuuu...

ni hapew???

Ustaz Muslim From Medan...

Hikhik...

Ustaz Muslim Speaking...
Hurm...semuanya serba sederhana ...ana LIKE majlis sebegini..xbanyak sangat pembaziran disitu..kan...Bulan ramadan ni bulan kawal nafsu tapi kita xsedar kita ikut nafsu kan???Kita manusia yang serba kekurangan..biasalah kan...

K lah WASALAM...
p/s : Kita da puasa dah nak dekat abis ,pergi ja bazar tengok berdouble2 benda DOSA...habissss -Ustaz Muslim

Wednesday, 31 July 2013

~ Malam Kesepuluh Lebih Hebat Dari MALAM PERTAMA??? ~

Assalamualaikum...
Hurm...Malam Kesepuluh Lebih Hebat Dari MALAM PERTAMA???...Huh...korang klik pown sebab nak tahu apa yang ana nak cite and cakap tentang Title kat atas ni kan...Huh..dasar....Dasar suke baca lah...hehe...Xnak cakap korang pelik2...Bolan posa...xposa xpa ar..hahak...

Hurm sebanarnya yang ingin ana sampaikan itu ialah tentang malam ramadan...Ye lah skunk pown nama bolan Ramadan...xkan korang klik ni saja nak tahu tentang malam pertama???Hhaha...Eh mestilah xkan..sebab korang ni baik...hehe...(poji lebey kot la korang nak kasi wit layaaa ka...mana tau...haha...)

Yang penting Malam...hehe


K back to The Title...Kat FB,kat Instagram and mana2 pon ramai yang dok suruh kejar sepuluh malam terakhir...Sebab apa?sebab 10 malam terakhir itulah di mana ada satu malam tu ia dipanggil Lailatul Qadar...Kenapa???

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis
Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
 Maksudnya :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
 Hurm Best x???Hurm k...ana sambung Next Entry...
K Wasalam...

Monday, 15 July 2013

~Hati ini digoncang setiap hari...Hati Ini Milik Allah..~( Part 2)

Assalamualaikum...

Sesiapa yang terlepas baca PART 1... KLIK SINI...
Ok ana sambung teroz k...

~H~A~T~I~

Orang boleh kata. boleh caci. boleh suka suka je sebar fitnah melulu macam habis tahu segalanya. macam memang sedara dah. tahu setiap perkara yang berlaku dan apa yang difikarkan.
Tapi tulah, hati orang. Mak pesan, Allah yang pegang. Allah yang jaga.

Jadi perlindungan tu mintak kat siapa? Yes DIA. Ada satu masa , bila orang yg kita berbuat baik tu tak buat benda yang sama, kita rasa mcm " Eh serious malas nak jadi baik dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati."

Tapi bila fikir balik, kalau dia beri tahi pada kita , dan kita beri balik. kita lagi takde akal. walhal, segala yang baik tu Allah tahu. Bukan dia, Allah akan bagi balik. Kalau tak dunia , kat akhirat. mungkin dua dua. mungkin bukan orang tu tapi Tuhan bg org lain yg kita tak pernah sangka yang akan buat baik sangat pada kita. Rezeki. Kita bukan tahu dr ceruk mana nak datang. Kan?

Berterima kasih. kadang kadang bukan tentang berkira. tapi setiap manusia, suka bila dihargai. rasa jadi manusia berguna atas muka bumi. magik. besar mana pun seseorang tu buat , bila dapat ayat ringkas je . "terima kasih." , cukup. cukup rasa dihargai dan lagi rasa tergerak hati tu utk buat sesuatu. ikhlas tu makin rasa kuat. lagi rasa senang hati.

Macam setiap inci setiap perkara walau kecil mana pun Allah bagi, bila kita tgk setiap bucu hidup kita, bila bersyukur. Allah bagi lebih. Kan?

~Hati ini milik Dia..~( Part 1)

Assalamualaikum...
Hurm...Sabahan Nurrr...:) eh betol x dah lama dah tinggal arab...tu yang kengkadang mengajar orang pown yang salah...huh...maaf2 lah yer...biasa lah manusia kan xkan lepas dari silap salah...Done We'r not perfect.!Follstop...:D

See...a Long title...hehe...saja bagi kelainan sikit...bersembang sal hati ni seumur hidup pown xabis...lain manusia lain pe'el nyer...yer dak? Lain orang lain hatinya...Kita kata baik dia dak nya...sehabis menidakkannya...pastu gadowh...yer dak?...ana tanya jawapan ada pada anda k...

Heart

Hati kita Allah yang pegang...Hati Orang ni, kita takboleh jangka.Macam hati kita jugak. Kadang kita tahu apa kita nak, kadang kadang kita pown taktahu.sampai kadang kadang memang rasa, Allah je yang tahu apa dalam hati kita, mahupun orang lain.


Hubungan Allah dan hubungan kita dengan manusia memang akan berkait.

Bila hubungan dengan Allah betul betul elok dan benar, inshaAllah hubungan dengan manusia takde masalah.
ya kat sini, bukan lah kata takkan ada org tak suka kita. Takkan ada orang yg boleh sangka buruk or buat jahat kat kita.tapi, ia nya hubungan/layanan kita terhadap orang : cara cakap, cara layan, mudah maafkan/minta maaf, mudah berterima kasih. segala yang ma'ruf tu la. Mungkin kita ada TER buat salah tanpa sengaja. ada hati TERsakit atas kata/kata atau perbuatan kita.


Macam ana n banyak terlopeh cakap...ana byak sangat guraunya kengkadang nyakitkan hati...ana xsedar...andai tahu, ringankan je mulut utk mintak maaf. Allah tahu hati siapa benar benar ikhlas dan bila Allah dan kita ada hubungan yang baik, Allah akan permudahkan.

Mungkin orang yg buat salah dengan kita akan terbuka hati. atau org yang kita terbuat salah tu, kita turunkan ego utk meminta maaf.Bagi setengah orang, mungkin niatnya baik tapi cara salah. bila cara salah. Bukan hati takmahu terima, tapi hati kita tersilap menilai hati org. senang senang berkata kasar, senang senang berkurang ajar, senang senang bg layanan " eh i know better, kau tahu apa, kau buat salah, aku yg betul. jd walau cara aku salah, tp niat aku betul, jadi kau kena terima je.There's now way la nak mintak maaf"

Tak, tak jalan macam tu.Dosa dengan Allah, andai bertaubat, Allah ampunkan InshaaAllah. Dosa sesama manusia? Kalau betul dia terasa kat hati. Boleh kena virus hati kita juga. Mungkin dia ada buat salah tapi masa sama,Kita dah buat salah, tapi tanak mengaku/ tanak mintak maaf. Biar kita jadi orang yg minta maaf dan maafkan.

Allah kan tahu semuanya. Allah kan tahu hati kita. Jadi takkan pernah rugi utk berhati hati . kita hidup bermasyarakat. kalau susah nak tolerate dan respect. Susahlah jugak dapat kat kita. Kalau Allah nak bagi cash, senang je nak bg orang buat balik kat kita.api itu pun kira ok. kalau kena kat akhirat? NAUZUBILLAH.

Mintak pada Allah... Jaga lah hati aku, hati dia, hati semua. InshaaAllah DIA pemudahkan segala urusan atau niat kita pada seseorang.

P/s : sebenarnya ana dah berkasar skit dengan abah pagi tadi...abah marah moto ana minyak itam da abis...ana cakap xkan yang tu pown ana nak kena buat? Hurm...atas moto tadi terfikir bila ana kat tempat abah mesti ana sedih..apalah sangat kisah minyak itam tuh kan...Biasalah bila hati tergoncang...Kita jadi mudah marah...mudah nya ego,mudahnya SEMUANYA...Maaf Abah...

...Doakan kehidupan akan lebih terang dari malap...
...Doakan org bahagia agar hidup kita terselamat...
...Jaga hati org agar org jaga hati kita...

~IKhlas Dari ANA~
Sama2lah kita muhasabah k...WASALAM...
Next entry Part 2

Tuesday, 21 May 2013

Bersabarlah Wahai Hati Saira !!!

Assalamualaikum...

Huh....selamat berbulan hati...hehe...
Kan ana da cakap yang bulan ni bulan hatikan...
So korang baca lah sebaik mgkin...
Mungkin mudah mendapat buah hati and buah hati korang sayang korank lebih2...ye tak???hehh...

Love...


Alahai hati ni mudahnya dicuri dan mudah juga terluka kan???
Banyak juga diuji...Hati juga yang Kena banyak bersabar...(ayat cam pasrah je...biasala practikal xbesht..huhu...) 





Bila diuji, bersabarlah wahai hati.
Musibah datang dalam pelbagai cara.
Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..
Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. 

Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.


Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita

Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri ana sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.


Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?

Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?

Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

Friday, 10 May 2013

Mengapa Biarkan Hati Terhijab?

Assalamualaikum..
Hurm...
Bagi ana hari2 adalah hari hati kita..
Kan? Hehe
Ok ana bincangkan tjuk ni sbb mesti rmai yg xtahu..
Yg diorang tahu menyakitkan hati org ja kan?
Hehe..
Korang baik..
Sesungguhnya Allah xmelihat pd rupa dan amalan kamu,tetapi hati^
Hurm fhm x?
Msti xkan?
Haha
Ok ana terangkan...
Kita nyatakan ucapan dgn amalan,
Kita yakinkan amalan pula dgn niat dn keikhlasan..
N then kta slalu bratkan niat..
Ok kta perhatikan hati..
Hati kita ni haruslah dbri sgala perhatian untk dbaiki dn btlkan..
Sbb apa?
Sbb hati ni mudah berubah dn sentiasa goncang..
Btl?
Hti trhjap mksudnya hti keras..
Smpai nsihat diendahkan,
Bt jhat xrasa tkt..
Agama dpersendakan..
Bla quran djadikan bhan hiasan..
Apabla kta mnyekat org brbuat baik..
Dgar crmah tntg mati,msh lg rasa lucu..
Ya hati ni dah trttup..
So sedarlah dgn serius..
Kta kn bukakan hati,
Luaskan hati,
Ringankan hati untk terima cra untk dkatkan diri dgan Allah..
Semoga kita xtrlambt dlm mncri keredhaan Allah..
Sebelum kta kmbli ke tmpat asal kta..
Wallahualam..

Monday, 18 March 2013

Kena Belajar Dulu...

 Asslamualaikum...
Hurm...Pagi tadi bangun2 ja terdengar kat radio...
Pasal macam mana nak save budget untuk lahirkan anak2 yang positif,soleh dan solehah, taat pada agama , yang menjadikan Rasulullah sebagai idola diorang...

Ye lah kata ustaz tu , sepanjang dia buat kem motivasi sepanjang 10 tahun ni...
Dalam 20,30 adik2 ja yang menjadikan Rasulullah sebagai idola mereka...
Ye la bila ana pikir2 balikkan...kita ni pun x menjadikan Rasullulah sebagai idola kita kan...?
Jangan lah kata budak2 yang baru membesar tu kan...

Macam kita lah mesti ada yang idolanya Ayah , ibu n sebagainya...
Apa yang dikatakan ustaz tu semuanya betol tau...
Bila pikir2 balik...

Susah , n betapa susahnya nak pupuk anak2, adik2 kita sendiri tok mereka jadikan Rasulullah sebagai idola mereka kan???

Diri sendiri pown susah apatah lagi orang lain...
Tapi kan ....

Cuba lah Anda pikir...
Budak2 kecil (kecik)  ni senang dididik...

Ok back to the Title...
Sebenarnya...cara save budget yang ana pikir tu.. 
Ialah   cara kita mengajar anak2 n adik2 kita tu...

Jiji Boleh lagi...
 Dari mereka kecik kita biasakan Diri mereka ikut sunnah2 Nabi S.A.W...
diorang ni hati masih bersih...
So senang ja nak ikut...

Bila da puas bersama...
 Cuba kita Saling kaitkan Hubungan kita dengan Nabi SAW...
N perbanyakkan cerita tentnag Nabi...
Try lah...
InsyaAllah...diorang senang paham n ikut...

Kecik2 mcm nie...kene didik betol2...
 Kita positive kan minda mereka dengan Tindakan2 Nabi SAW...
Ya...Pikirkan secara creative...
banyak benda boleh buat tau...

Da besar mcm ni...Just boleh Advive je...
Tapi kalau yang da besar n matang tu...
Kadang xleh pikir jugak...
Cuma banyakkan nasihatkan diorang lah...

Ni lah sedikit sebanyak...
skarang ni kem motivasi mahal sangat...
Bukan niat ana nak cakap X payah gi kem Motivasi tu...
Tapi dengan cara kita tu dapat menjimatkan pulus kita...

Duit memang bukan untuk segala2nya...
Tapi segala2nya memerlukan duit kan????
Pikir2kan lah...
Banyak2kan lah luangkan masa bersama anak...
Wasalam...
Ikhlas dari Saya..

Sunday, 6 January 2013

Kenapa Bertudung Labuh...?

Entry yang tajuk sebegini tah entry yang keberapa tah ana letak...hurm tapi tetap orang tya...kenapa bertudung labuh...
so dengan nie mgkin semua dapat fahami sendiri k..
InsyaAllah...




Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam.

Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja.

Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.

Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang.

Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai.

Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah.

Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi.

Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana.

Credit Pic : Mr Google

Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.

Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya.
Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah".

Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu.
Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya.
 "sedarlah muslimah yang berperisai.
Anda membawa amanah tudung labuh.
 Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".



Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, 

"orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun".



Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.

Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-

"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".

Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.

Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya.

Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.

Tuesday, 20 November 2012

Ya Allah...

 



Ya Ilahi, aku ingin merebut kesempatan ini. Engkau telah memudahkan hatiku ini untuk bertahajud di pertiga malam.Sesungguhnya, tiada sedikit kekuatan pun dariku melainkan segalanya adalah dariMu. Tidak aku duduk bertafakkur menghadapMu tanpa Engkau yang mengizinkannya.

Sungguhn ya Allah, Engkau telah membuka hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu. Engkau telah menyedarkanku tentang keindahan beribadat di kala manusia lain sedang tidur dan aku bangun gagah berdiri untuk menikmati keindahan dan ketenangan dari Tuhan Yang Esa. Alhamdulillah ya Allah, kenikmatan beribadah itu dapat ku rasainya hanya dengan kerahmatanMu dan sedikit pun bukan kerana diriku.

Di dalam solatku, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dengan rahmatMu Ya Allah.
Di dalam doaku, aku merintih mengharapkan penerimaan Mu. Aku merintih dan merayu denganMu Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Kasihanilah umi ayahku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi. Airmataku semakin bercucuran membasahi pipi. Tidak dapat aku menahannya. Aku membiarkan saja ia mengalir membasahi pipi dan telekung sembahyang.

Inilah kesedaran yang Allah campakkan di dalam hatiku ini. Selalu saja ingin bermunajat kepadaMu. Selalu saja ingin merebut saat dan ketika ini. Saat yang mana sangat sepi. Tiada sebarang bunyi. Saat yang menyenangkan. Saat yang sangat makbul doa seorang hamba. Saat yang sangat dekat dengan Allah SWT. Terasa diri ini sahaja yang hidup ketika ini. Terasa kesunyian.

Namun hakikatnya
Aku tidak sendirian kerana aku ada Allah yang Maha Melihat setiap gerak geriku.
Aku ada Allah yang Maha Mendengar setiap doaku dan rintihanku.
Aku ada Allah yang Maha Mengetahui isi hatiku yang sangat aku dambakan.
Aku ada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Itulah yang lebih meyakinkanku.
Alhamdulillah.

Ya Allah.. saat ini juga, berikanlah aku kekuatan, agar dapat ku menyebarkan indahnya saat-saat bersamaMu. Ingin ku khabarkan kepada sahabat-sahabatku, betapa berjanji cinta dan rindu denganMu lebih membahagiakan. Sebagai hamba yang penuh kelemahan, segalanya dapat ku luahkan. Dan, dengan itulah aku merasa adanya kekuatan... Benarlah, sedikit pun tiada dayaku melainkan zatMu ya Allah. Sungguh, Engkaulah yang Maha Pekara dan Maha Mendengar.

Ya Allah, bagaimana untuk ku menyatakan keinginanku untuk mengajak sahabat-sahabat ku yang lain bersamaku. Sedangkan, aku bimbang ya Allah... Jika, aku luahkan segala keindahan bersamaMu di setiap sepertiga malam akan ada rasa yang kurang enak di pendengaran mereka yang mendengar.

Allah.... lemahnya iman ini ya Rahman. Merasa bimbang dengan apa yang disangka-sangka oleh mereka terhadapku. Astaghfirullah ya Allah, bukankah aku juga ketika ini bersangka-sangka kepada mereka?

Ya, Allah... berikanlah ku kekuatan, agar dapat aku mengajak sahabat-sahabatku, malah ahli keluarga ku untuk turut sama bermunajat kepadaMu. Berikan lah aku kemudahan, lembutkanlah hati orang yang mendengar akan kalamku, agar ringan hati mereka menyambut huluran kasihku membawa mereka sama-sama merasai keindahan bertemuMu...

Semoga semakin ramai yang berjanji temu denganMu, semoga semakin ramai yang mengamalkan tahajjud sunnah baginda yang mulia. Semoga semakin ramai yang mengikuti jejak Al-Fatih, menghidupkan malam dengan ibadah yang berterusan.

Monday, 16 January 2012

Nak hembus kene dekat….

Assalamualaikum…

Entry ni ana nak kongsi tentang pengdekatan kita dgan seseorang…..
atau persahabatan kekal kita dgan seseorang….x kira andai bersamaan kaum or sebaliknya….andai saling menyanyangi kita kerana ALLAH,dan x melanggar syariat…x salah…

Or andai persahabatan kita dengannya niat di hati untuk lebih mendekatkat diri dengan ALLAH,atau untuk mgajaknya menyertai kita dengan apa cara sekali pon…pengdekatan akan melahirkan keinsafan …betol kan..???

cinta kerana?

Menyintainya persahabata kita ibarat kita mnyintai ALLAH…dan tersebutlah bahawa jika kita menjaga ALLAH,maka ALLAH akan jaga kita…begitu juga hubungan yang rapat…dan jika kita hendak hembus benda yang agak berat perlu didekatkan mulut dan hembus!!!

Baru ia akan bergerak …begitu juga kehidupan dalam persahabatan …jika niat untuk mgubah perlukan pengorbanan dan pendekatan…jika dalam nya diubah,secara automatic luarnya akan berubah sendirinya…

Di sini ana nak tegaskan…bahawa niat…hati yang ikhlas akan melahirkan buah makna yang amat2 bermakna…niat yang ikhlas itu amatlah penting…jagalah perhubungan dan hubunganmu dengan ALLAH,maka ALLAH akn terus akan menjaga kita seandainya niat kita still masih di landasan…

Astagfirullah…kita semua perlu faham kan tentang satu ini…


Amalkan didalam kehidupan seharian…insya’ALLAH kita akan dirahmati oleh ALLAH S.W.T…
Akhir kata dari ana…ikhlas yang ana sayangkan hubungan yang mendekatkan hubungan dengan ALLAH S.W.T…

Ikhlas Dari Syifaul Saira.Com
  Wasalam...

Flavour Life Of Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...