Get Your Own Scroller
Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Sunday, 11 August 2013

JJCM : Ah' Basri Satay Restourant...

 Assalamualaikum...
Hahakkk...gelak dulu...sebab da raya ana baru sempat nak publish entry ni huh...terok kan ana...hehe...nak wat camna..tu tup da raya...dulu macam eh eh lamanya nak raya...skunk da nak abis raya...patot pun kita ni kena hargai sesaat yang sikurniakan pada kita kan..huhu...baru sedar ke??? huhu...insaf kejap...

Pusing2 je satu penang nampak je  Ah' Basri...
Masoookkkk...

Huh ni nak cita sal iftar ritu ana kat AH' BASRI RESTOURANT...camner heh??? sedap ke?? ok ke tempatnye??? suma ok...ana kasi 4 bintang lah...ikut history ana baca kat situ kan...Owner dia ni dulu chinese tau... yang ana dengar lah yang pekerja dia sume ni sumua anak yatim...tah lah kot ada yang ada mak ayah kan..memandai plak ana..hehek...

So sesampainya ana kat restourant tu kene gi kat counter order lu...da abis order baru dia kasi tag no so kita pilih je meja nak letak tag tuh...senang kan??? yang mana xorder maka xdapat lah meja...sonang cite...

no kamiii
dapat ang pow...ada duet skali hehe
Dah bayar dapat lak angpow k...tapi idok lah ada duetnye...huhu...

da ramai...

board history diorang...

Makanan kamiii...

Satay beef and chic..
Banyak hidangan satay lah...satay kambing,ostrich,beef,deer,macam2 lah...segala binatang ada yang halal2 semua lah...jangan risau...hehe...makan 2 orang xsampai RM20...first time makan murah camni..hahak...

K...4 star ana kasi...sedap k...and berpatutan...
K waslam...

Monday, 5 August 2013

~ Ucapan Raya By Syifaul Saira ~

Assalamualaikum...
Hehe...dok menunggu...tunggu...tunggu lagi...mana lah entry raya KHAS dari ana ni...hehe..(kalowt gak nak up diri skit...) hikhik...hurm...nak wat camana korang tima je lah..hehe...Hurm...Entry ni Khas Buat Sahabat2 Alam Maya, Yang xmengenali diri ni pown, Sanak Saudara And yang penting semua umat Manusia Yang namanya Hamba Allah...

Yela...Dalam diam nya kita mesti ada jugak yang salahnya dimata sendiri dan orang...Apatah lagi diri ini yang xreti duduk diam...Berceloteh ja memanjang...Tentunya banyak sekali kesilapan Yang terbuat dan dibuat secara xsengaja or sengaja...

Oleh sebab2 yang diatas...ana nak mintak ampunkan salah dan kekhilafan diri ini...Banyak salah nya yang diri ini xsedar...Harap dapat maafkan...0 = 0 k...hihik...

Selamat Hari Raya...
Hurm...Doa bebanyak agar segalanya berlangsung tenang dan ceria di hari Lebaran...Doakan Ramadhan kali ni penuh Makna dan Syawal ini penuh Erti...

~Ikhlas Dari Ana~
Salam Ukhuwah...Wasalam...
P/S : Gergous nak raya kali ni...Doakan Syawal ini lebih Erti...

~Balik Sudah Yang Tersayang~

Assalamualaikum...
Hurm...dahkul 5 tapi hegeh2 lagi nak update blog ni huh...bukan tok sape tok korang gak kan??hehe...nnti ngadu bored lah pe lah...hehe...

Huh..Dalam ENTRY INI...ana ada gtau tentang si kecik ni huh...ada banyak story sal dia nih...tapi xlarat nak list kan plak..huhu..Ni LIST INI...List ni list aqeela story lah..huhu...Yang xkenal pown ley klik gak...huhu...Baru ley kenal kan.! Xkenal maka x CINTA...yer dak??? Hehe...

Die balik Sabtu baru ni huh... Banyak dah yang berubah...Dah ley Merangkak tapi xjalan...dia takowt kot kan...haha 

My Little Princes...Lol
K la...Wasalam...
P/S : gergous nak tengok dia membesar depan mata...

Sunday, 4 August 2013

~Syria And Aku~

Assalamualaikum...
Hurm...Bila kita dengar tentang peperangan kan kita cam eh terok nye! eh macam terok sangat ja! eh kenapa xberperikemanusiaan sangat rejim Zionis nih??? macam Eh3 dah kan... Tapi itu lah hakikatnya manusia bila manusia lain ditimpa kepayahan dan kesusahan...Hurmmm...Lah..biasalah Berat mata memandang berat lagi bahu Memikul...yer dak???

Macam ana plak ana dah tahu tentang Syria ni dah lama...Ana pown macam korang gak cam pelik2 gitew...heuuuu...Tapi skunk da dapat kesedaran..Tengok plak Turkey...dulu turkey ni mengamalkan sistem sekular ...

Apa itu sistem sekular???
Sistem sekular ni human as a strong man in earth...manusialah yang hebat...manusialah yang have full authority...

Hurmm...korang tengok lah kat u tube video Kebangkitan Turkey...Turkey ni da pernah membangun pesat saat zaman abbasiyah tapi merudum tapi sekarang sejak diperintah oleh edorgan...Dia dah dilihat oleh bangsa us untuk membantu negara islam...See...

Fasa ke - 4...

Fasa dimana dajjal akan membangun dan akan menyesatkan kita...buku2 sihir yang berada di bawah Masjid Al-Aqsa juga telah dijumpai...Sekarang puak2 yahudi telah berhubung dengan Dajjal menerusi Freemason...Freemason tu apa???nanti ana ceritakan...

Dah melalut plak kan...Turkey pown da menghantar rakyat nya berjihad ke Syria...Bila pula Malaysia ingin menghantar rakyatnya berjihad ke Syria....
Mimpilah...
Tapi ana berjanji sekiranya ana yang support ana untuk ke Syria...
Ana janji akan pergi...
Itu janji ana dengan ALLAH...

K Wasalam...

~Malam Yang Lebih Hebat Dari Malam Pertama~:)

Assalamualaikum...
Sempena malam ni..malam pe?? Malam ke 27 ramadan...Entry ni peneman malam 10 mnit kamoo...k Keep Reading,...

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:


  1.  Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
  2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.


Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:


  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Kelebihan Malam al-Qadar

1. Pahala amalan kebaikan digandakan lebih baik daripada jumlah pahala beramal selama 1000 bulan
2. Kesejahteraan sehingga masuk waktu Subuh

K Keep readng...Wasalam...

Moga Kita dapat mengejar Lailatul Qadar...

~Iftar With Barakah~

Asalamualaikum...
hurm entry minggu lepas2 hehe...ha la wat modal nak wat entry tok blog ni lah..nanti korang bored plak..langsung xada apa2 update kan? hehe macam la famous sangat...(feeling2 syiok gitew...hihik)...

Hurm ni kisah berbuka ngn family ana kat luar...bukan luar umah lah..means kat tempat jauh sikit dari umah...hehe...Alkisahnya begini...ofis ana dijemput tok pergi majlis iftar bersama Timbalan Ketua Menteri...Sooo...ikutkan hati memang xnak...Sebab ana balik2 ja umah...wat2 tdo lagi huh...macam malas nak pegi tapi disebabkan ana ni gatal mulut pegi cakap kat mama beberapa hari lepas...kena lah pegi juga..gpown abah ana suka jumpa Timbalan tu huh...

So pegi lah ana sefamily...abah cakap diorang wat solat maghrib and tarawih skali...Aduh camana la boleh plak ana terlupa nak bawa...kalut dibuatnya...huhu...pegi2 tengok da ramai ya ampun..segan nak masok...rasa cam asing gitew..huhu...punya lah ramai...Fuhhh... 

My own food for other hehe

Diorang bungkus je takot kalut org serbuuu...

ni hapew???

Ustaz Muslim From Medan...

Hikhik...

Ustaz Muslim Speaking...
Hurm...semuanya serba sederhana ...ana LIKE majlis sebegini..xbanyak sangat pembaziran disitu..kan...Bulan ramadan ni bulan kawal nafsu tapi kita xsedar kita ikut nafsu kan???Kita manusia yang serba kekurangan..biasalah kan...

K lah WASALAM...
p/s : Kita da puasa dah nak dekat abis ,pergi ja bazar tengok berdouble2 benda DOSA...habissss -Ustaz Muslim

Wednesday, 31 July 2013

~ Malam Kesepuluh Lebih Hebat Dari MALAM PERTAMA??? ~

Assalamualaikum...
Hurm...Malam Kesepuluh Lebih Hebat Dari MALAM PERTAMA???...Huh...korang klik pown sebab nak tahu apa yang ana nak cite and cakap tentang Title kat atas ni kan...Huh..dasar....Dasar suke baca lah...hehe...Xnak cakap korang pelik2...Bolan posa...xposa xpa ar..hahak...

Hurm sebanarnya yang ingin ana sampaikan itu ialah tentang malam ramadan...Ye lah skunk pown nama bolan Ramadan...xkan korang klik ni saja nak tahu tentang malam pertama???Hhaha...Eh mestilah xkan..sebab korang ni baik...hehe...(poji lebey kot la korang nak kasi wit layaaa ka...mana tau...haha...)

Yang penting Malam...hehe


K back to The Title...Kat FB,kat Instagram and mana2 pon ramai yang dok suruh kejar sepuluh malam terakhir...Sebab apa?sebab 10 malam terakhir itulah di mana ada satu malam tu ia dipanggil Lailatul Qadar...Kenapa???

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis
Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
 Maksudnya :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
 Hurm Best x???Hurm k...ana sambung Next Entry...
K Wasalam...

Wednesday, 17 July 2013

Bila Kita Dah Sayang.....:D

Assalamualaikum...
Hurm...Entry sal jiji lak harini...hehe...Perkembangan Jiji adik ana sorang ni macam biasa lah...Kehidupan sebagai seorang Kanak2,anak kepada mama and abah, and pelajar...Mungkin sebagai jawatan yang disandang olehnya kat atas tadi membuatkan dia lebih tabah,lebih memahami kehidupan sebenar dia kan...InsyaAllah...

Jiji ni kalu berkawan dia xsuka ramai2...sorang or dua tiga ja da cukup sangat ngn hidup dia kayh...hehe...Sama macam akaknye niyh...hehe...so bila bergadowh ke hapa kan dia mesti xbley lama punya..sebab biasa lah kawan sikit ja...haha...

Jiji and Aqil...
So kemarin ana bawa dia and kawan dia ,Aqil , gi bazar ramadan...asalnya nak belanja diorang beli makan apa diorang nak sebab aqil berbuka di umah kami...Excited huh jiji berbuka ngn sahabat baik dia...Hurm sampai ja kat Bazar...

Jiji : kita beli pasti share k..
Aqil : ya kita beli yang besar2 tau...
Jiji : ok...kita beli ayam percik nak...
Aqil : <anguk anguk>

Nampak ja merconnnn>>>>

Jiji : kita beli mecun jom...

Diorang pergi gerai mercun tu ana bia ja nak tengok...

Jiji : kita beli yang ni lah...
Aqil : Laaaa....xpayah lah beli yang ni lah...

Ana amik mercun yang x merbahaya tu teroz kasi kat adik yang jual tuh and teroz dua2 pandang ana..Xtau la palk depa suka ka x mercun yang ana belikan tuh..huhu...xpuaz ati la tuh kennn...? haha...puas ati ana...

Nak balik tuh dua2 masam muka and lastly ana tanya nak beli apa...diorang tunjuk teroz ayam percik...ana amik teroz half Chick...puazzz...

Kat umah seblom berbuka abah suh baca doa sebelum azan...abah suh Aqil baca > bismilllah,bla..bla...bla...Ya ALLAH...bagi la jiji x gadoh ngn saya dah...bagi lah jiji baik2 slalu ngn saya...saya sayang kawan saya...

Teroz kami nak tergelak sebab xsangka tapi disebabkan hormat dia kami diam...Jiji plak menyampok...Ya ALLAH bagi la aqil pandai cepat and cepat besar (haha sbab jiji besar skit dari aqil)...Bagi lah luka aqil sembuh cepat...Bla...Bla...Bla...

Panjang bebenor sangat doa depa...haha...apa pown ana sedar diorang da ada satu lagi tanggungjawab iaitu tanggungjawab sebagai seorang sahabat kan???Nampak x hubungan ni akan kekal kalu kita sama2 mcm diorang...

Jiji and Abah
...Hubungan ni kalu kita kawan niat Lillahi Ta'ala...
...Apapun jika mulanya Lillahi Ta'ala...
...InsyaALLAH Bahagia...
...Kekal Dan Diberkati...

K lah...Wasalam...

Tuesday, 9 July 2013

Selamat Menyambut Bulan Ibadah~

Assalamualaikum...
Hurm...Asyik2 post kat FB ja selamat Berpuasa...Kali ni kat blog plak...OFFICIAL gitew kan..haha...ya la sangattt...haha...

K lah ...ana just nak ucap SELAMAT MENYAMBUT BULAN BULAN IBADAH...Just for hampa k..hehe...

Ikhlas Dari ANA...
...Semoga Ramadan Kali INi memberi sejuta malah berbillion keajaiban bagi kita...
...AMIN...
Wasalam...

Flavour Life Of Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...